Friday, September 20, 2013

Maut jatuh Titi Semeling



SUNGAI PETANI - Seorang lelaki berusia 29 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari Titi Semeling pada ketinggian 50 meter dari paras air sungai dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam kelmarin.

Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia bersama rakannya sedang memancing di Jeti Semeling sebelum terdengar bunyi kuat seperti sesuatu yang berat terjatuh ke dalam sungai.

Menurutnya, selepas itu terdengar seperti seakan-akan orang menjerit namun seketika kemudian terus lenyap.

“Kami dengar seperti ada benda besar jatuh berdasarkan bunyi percikan air,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia bersama rakan kemudian terus ke atas jambatan untuk melihat apa yang berlaku sebelum menemui sebuah motosikal yang masih belum dimatikan enjin.

“Seketika kemudian, datang seorang perempuan yang mengakui motosikal itu milik salah seorang ahli keluarganya yang baru sahaja keluar dari rumah,” katanya.

Sementara itu, sumber memberitahu, mayat mangsa ditemui pasukan bomba sukarela yang turut menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Setelah dua kali rondaan dibuat, anggota bomba sukarela ternampak mayat mangsa yang tersangkut di salah satu pukat di situ kira-kira jam 12 tengah malam,” katanya.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin mengesahkan mayat mangsa ditemui beberapa jam selepas kejadian.

“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk dibedah siasat,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Sunday, September 8, 2013

CARA MINUM AIR YANG BAIK



a. Janganlah minum sekaligus seperti unta minum tetapi minum seteguk selepas seteguk (HR Tirmidzi)

b. Jangan bernafas di dalam bekas air bahkan jauhkan bekas air dari mulutnya dan bernafas. (HR Tirmidzi)

c. Jangan hembus di dalam air, lihat ke dalam air sekiranya terdapat sesuatu yang jatuh kedalamnya keluarkan ia. (HR Tirmidzi)

Daripada adab yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika minum, apa yang ingin di jelaskan di sini adalah saranan supaya tidak bernafas ketika sedang kita minum. Daripada hasil penemuan sains, apabila kita bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita ketika minum, maka kita mengeluarkan CO2 (karbon dioksida) yang mana apabila bercampur dengan air (H2O) ia akan menjadi H2CO3 iaitu sama dengan cuka yang menyebabkan minuman itu menjadi asid dan asid ini adalah tidak sesuai untuk kesihatan. Begitu juga anjuran supaya tidak meniup minuman sebabnya adalah sama.

Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah ikutan yang terbaik. Janganlah kita mempertikaikan sebarang sunnah anjuran nabi dengan apa cara sekalipun. Hidupkanlah sunnah nabi. Dan sesungguhnya ilmu pengetahuan Allah meliputi segala makhluk-Nya.

Wallahu’alam

Sabda Rasulullah SAW
“Barang siapa Menunjukkan kepada Kebaikan. Maka ia memperoleh Pahala yang sama seperti yang melakukan atau mengamalkan Kebaikan itu.”
(HR. Muslim, Abu Dawud dan At-Tirmidzi)

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily