Sunday, May 17, 2015

DINNER: Marriott Hotel Putrajaya


::Assalamualaikum::



Nak story-story sikit. Malam semalam kolej aku ada buat dinner dekat Marriott Hotel, Putrajaya. Memang setiap tahun kolej akan buat dinner. Selalu buat area dekat-dekat je. Kali ni jauh sikit. Kat Putrajaya pulak. Kali ni dengan tema 'Coruscation'. We'olls pakai baju kaler purple, putih, hitam gitu. Sorry takde gambar nak tunjuk. Segan lahhh.. Gambar aku tak cantik. Haha!

Makanan macam biasa la chinese food. Dah 4 tahun duk telan makanan yang sama je. Naik muak jugak. Tapi apa boleh buat yang ni je kot yang paling murah. Ni pun kena bayar RM 120. Teringin jugak nak makan western food. Tapi nampak gaya macam tak dapat je. Tunggu aku kaya dulu la gamaknye, Tak pun belajar masak sendiri je. Jimat. Huh..

Aku tak ingat dah menu apa yang aku telan malam tu. Lidah pun tergeliat nak menyebut apatah lagi nak mengingat. Hah..Gambar makanan pun takde nak belanja u'olls semua. Almaklum la dah kebulur time tu, semua pakat serbu. Tak sempat aku nak snap. Padahal aku pun memang dah kebulur jugak time tu =.='...aku sempat snap gambar piring kosong je. Gambar kat atas tuh.. Huahua..


Btw, hotel ni memang cantik. Nah aku belanja gambar sikit. Tapi bukan aku snap la. Ni dari google je..Sebab tu cantik. Kalau aku yang snap mesti buruk..uhuk

Gambar ihsan Google

Teringin nak bergambar kat sini. mesti cantik kan kalau posing kat depan kolam air pancut tu. Ehh.. Mesti cantik giler. Tak sempat nak posing kat situ sebab sampai pun dah dekat nak malam. Lagipun tak ingat langsung nak pergi situ. Sampai-sampai terus masuk hotel. Rasa menyesal pulak. Hurmm.. 

Gambar ihsan Google

Aku malas nak berleter panjang. Takde modal sangat nak menaip pun. Gambar pun tak ada sangat. Aku tak letak gambar aku sebab gambar aku kurang cantik la. I tak hot macam u'olls. Haha..Aku dah macam zombi daa..Penat masa tu sebab malam sebelum pergi dinner tu aku kerja night shift. pergi kerja pukul 9, balik pukul 7.30 pagi. Pastu sempat tidur 2 jam je sebab aku ni busy sangat. Ada je la kerja nak kena buat. Petang tu dah kena gerak ke Putrajaya. Gagahkan diri pergi jugak sebab dah bayar mahal kan. Rugi kalau tak pergi. Aik, ko cakap tak nak berleter panjang tapi still dok menaip lagi .. Heh! =,='

Kali ni aku betul-betul nak cau. Kbai! 


Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily