Pernahkah anda mencuba gaya skirt terkini iaitu mermaid skirt? Jika anda belum lagi mencuba skirt style ini, masa untuk mendapatkan inspirasi hari ini dan mencubanya esok juga! Mungkin ada yang memiliki mermaid skirt tetapi belum memakainya lagi kerana kurang pasti bagaimana untuk menggayakannya. Jangan risau, dalam entri hari ini, kita akan tengok cara Muslimah berfesyen dengan mermaid skirt.
Selalunya orang gunakan mermaid skirt pada sambutan Hari Raya sahaja tetapi anda juga boleh menggunakannya secara berasingan untuk setiap hari. Caranya mudah sahaja. Gunakan skirt duyung yang berwarna asas dan single atau satu warna dan gabungkan bersama blaus yang sesuai sama ada untuk pergi membeli-belah mahupun untuk kerja. Seperti di dalam gambaran, ia amat sesuai untuk digunakan semasa bekerja di ofis.
Bagaimana pula jika anda mempunyai mermaid skirt yang eksklusif? Boleh juga digunakan secara harian terutamanya jika anda mahu tampil lebih bergaya. Pastikan apa yang anda pakai di atas iaitu bahagian atas badan tidak terlalu menarik perhatian kerana skirt anda sudah cukup mendapat perhatian. Pilih blaus kasual yang berwarna neutral seperti hitam, putih, coklat atau kelabu dan biarkan mermaid skirt anda menjadi tumpuan.
Adakah anda meminati gaya mermaid skirt? Sekarang anda sudah mempunyai sumber inspirasi cara pemakaian mermaid skirt secara harian. Masa untuk anda pula mencubanya. Kalau anda belum mempunyai mermaid skirt, boleh sahaja membeli secara online dan pastikan anda membeli dengan bijak. Sediakan ukuran badan anda supaya anda tidak terbeli mermaid skirt yanf terlalu kecil atau besar untuk anda. Beli skirt mermaid yang berwarna klasik supaya lebih mudah digunakan setiap hari. Tunggu apa lagi, mari kita memakai mermaid skirt!