Saturday, March 23, 2013

Exam Vs Study Last Minute

Assalamualaikum..


Exam! Arghhhhh.... benda yang semua orang paling benci kan. Alangkah bagusnya kalau belajar tak ada exam. Mesti lebih semangat nak belajar kan. Betol ke?? Rasanya macam tak je. Bayangkan la kalau kita cuma perlu belajar, belajar dan belajar sahaja tapi tak ada exam, otak kita pun tak akan berkembang kan.
Kalau tak ada exam, semua orang malas nak study. Buku-buku semua buat pekasam je. Rugi la kan.
kalau ada yang rajin pun, mungkin 1 dalam 10 kot. Yang penting aku tergolong dalam golongan PEMALAS.
Korang dalam golongan mana??  Cecite.. cecite..

Bila sebut je pasal exam, mesti ada 1 benda yang tak dapat dipisahkan. Benda apa tu? STUDY LAST MINUTE la.. Sape yang selalu study last minute?? Ce angkat tangan sikit. Haaa...(Saya! saya!) Kantoi la aku pun selalu study last minute. hehe.. Biasa la awal-awal semester semua azam bukan maen lagi tak nak study last minute dah. Nak study betul-betul la..macam-macam la. Tapi, tak pernah tercapai pun. Azam hangat-hangat taik ayam je. Booooooo sama saya.. =,='

Kenapa aku tetiba nak mengarut pasal study last minute nih??
Macam orang tak betul je kan mengarut tak tentu hala padahal FINAL EXAM lambat lagi.
Sebenarnya aku ada test @ juga lebih dikenali oleh warga-warga U sebagai CONASS. CONASS tu singkatan kepada continuous assessment ye kawan-kawan. Conass ni penting ye sebab dia merangkumi 40% . Betolkah ayat aku? Ah, lantaklah.. Lagi 60% final exam nanti. Kenapa CONASS penting?? Selalunya soalan conass adalah lebih mudah dari final so kita kena la skor  untuk dapat result yang bagus untuk overall result nanti.  

Tapi, alangkah sedihnya orang yang menaip ni pun masih belum sedar akan kepentingan study hard+smart untuk conass. Bila aku nak sedar? Aku sendiri pun tak tahu. Untuk makluman korang, pada 25/3- 29/3/13 bersamaan hari isnin hingga jumaat, aku akan berperang kecil-kecilan. Kenapa? Sebab CONASS , bukan final exam. Kih3.. Hamba sudah tak betul dek penangan stress.
Mana tak stress, baru habis study 1 subjek, 4 more to go.. Wargghhhh!! Alamatnya tak tidur la aku malam ni..Nota pulak tebalnye sejengkal. Mampukah aku habiskan dalam masa 1 setengah hari tolak masa makan, mandi, berak, bla3..Sesungguhnya masa terlalu mencemburui aku. Sengaja tak nak bagi aku bersenang-lenang. 

Tapi, yang peliknye aku masih mampu tersengih di depan lappy kesayanganku berFB serta berblog sedangkan masa tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum peperangan bermula. ( nampak keMALASanku  di situ) Ah, biasa la manusia yang tak pernah sedar. Bebel dekat diri-sendiri. Bebel berpuluh-puluh, beratus-ratus, beribu-ribu kali pun entah bila agaknya kesedaran tu akan muncul. 

Sudah-sudah la tu membebel mak jemah oii.... Disebabkan mulutku sudah penat membebel dan tanganku juga sudah penat menaip, jadi kita stop setakat ni dulu la ye. Bila tenagaku telah dicaj kembali, bebelan ni akan disambung. Bersabarlah ye wahai pembaca setia.
Jangan lupa doakan kejayanku di medan peperangan itu. (AYAT SKEMA xboleh blah)

Ok Bye... Assalamualaikum..


Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Friday, March 8, 2013

7 perkara JANGAN buat selepas makan!



1. Jangan merokok.
-Kajian daripada pakar menunjukkan, kesan menghisap sebatang rokok selepas makan bersamaan mereka yang menghisap 10 batang rokok, jadi kadar untuk mendapat penyakit lebih tinggi.

2. Jangan makan buah-buahan.
-Memakan buah-buahan sejurus selepas makan akan menyebabkan perut kembung. Untuk tips pemakan yang sihat, buah-buahan boleh diambi 1-2 jam selepas makan atau 1jam sebelum makan.

3. Jangan minum teh.
-Oleh kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi, ia akan menyebabkan kandungan protin dalam makanan yang kita makan keras dan sukar untuk dihadam.

4. Jangan melonggarkan tali pinggang.
-Melonggarkan tali pinggang selepas makan boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat.

5. Jangan mandi.
-Mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ini akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut kita.

6. Jangan banyak berjalan.
-Pada hakikatnya berjalan memang bagus untuk menyihatkan jantung, tapi pada masa yang sama ia tidak bagus untuk penghadaman makanan. Berjalan akan menyebabkan kesukaran bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang kita ambil.

7. Jangan terus tidur.
-Selain akan menyebabkan kenaikan berat badan! ia juga boleh mengundang gastrik di dalam usus kerana ketika tidur, Penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik.
Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Sila like fan page ini, info untuk anda

▼

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily