Sunday, March 31, 2013

JALAN-JALAN MAKAN ANGIN

ASSALAMUALAIKUM
Hai!! Apa khabar orang kampung, orang bandar sekalian??
Cuti ni ada pergi mana-mana tak??
Nak tahu Lily pergi mana?
...............
.............
..........
.......
.....
....
...
..
.
v
Tadaaaaaa...
PANTAI MORIB, BANTING
(dengan kawan-kawan)




Makan-makan
(lauk tomyam, ikan pari dengan kerapu bakar, kailan ikan masin)









i-City


Sebenarnya ada banyak gambar lagi. Malas nak upload..

Seronok dapat jalan-jalan dengan kawan-kawan.
Nanti kita pergi jalan-jalan tempat lain pulak ye kawan-kawan.


^.^" 

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Saturday, March 23, 2013

Exam Vs Study Last Minute

Assalamualaikum..


Exam! Arghhhhh.... benda yang semua orang paling benci kan. Alangkah bagusnya kalau belajar tak ada exam. Mesti lebih semangat nak belajar kan. Betol ke?? Rasanya macam tak je. Bayangkan la kalau kita cuma perlu belajar, belajar dan belajar sahaja tapi tak ada exam, otak kita pun tak akan berkembang kan.
Kalau tak ada exam, semua orang malas nak study. Buku-buku semua buat pekasam je. Rugi la kan.
kalau ada yang rajin pun, mungkin 1 dalam 10 kot. Yang penting aku tergolong dalam golongan PEMALAS.
Korang dalam golongan mana??  Cecite.. cecite..

Bila sebut je pasal exam, mesti ada 1 benda yang tak dapat dipisahkan. Benda apa tu? STUDY LAST MINUTE la.. Sape yang selalu study last minute?? Ce angkat tangan sikit. Haaa...(Saya! saya!) Kantoi la aku pun selalu study last minute. hehe.. Biasa la awal-awal semester semua azam bukan maen lagi tak nak study last minute dah. Nak study betul-betul la..macam-macam la. Tapi, tak pernah tercapai pun. Azam hangat-hangat taik ayam je. Booooooo sama saya.. =,='

Kenapa aku tetiba nak mengarut pasal study last minute nih??
Macam orang tak betul je kan mengarut tak tentu hala padahal FINAL EXAM lambat lagi.
Sebenarnya aku ada test @ juga lebih dikenali oleh warga-warga U sebagai CONASS. CONASS tu singkatan kepada continuous assessment ye kawan-kawan. Conass ni penting ye sebab dia merangkumi 40% . Betolkah ayat aku? Ah, lantaklah.. Lagi 60% final exam nanti. Kenapa CONASS penting?? Selalunya soalan conass adalah lebih mudah dari final so kita kena la skor  untuk dapat result yang bagus untuk overall result nanti.  

Tapi, alangkah sedihnya orang yang menaip ni pun masih belum sedar akan kepentingan study hard+smart untuk conass. Bila aku nak sedar? Aku sendiri pun tak tahu. Untuk makluman korang, pada 25/3- 29/3/13 bersamaan hari isnin hingga jumaat, aku akan berperang kecil-kecilan. Kenapa? Sebab CONASS , bukan final exam. Kih3.. Hamba sudah tak betul dek penangan stress.
Mana tak stress, baru habis study 1 subjek, 4 more to go.. Wargghhhh!! Alamatnya tak tidur la aku malam ni..Nota pulak tebalnye sejengkal. Mampukah aku habiskan dalam masa 1 setengah hari tolak masa makan, mandi, berak, bla3..Sesungguhnya masa terlalu mencemburui aku. Sengaja tak nak bagi aku bersenang-lenang. 

Tapi, yang peliknye aku masih mampu tersengih di depan lappy kesayanganku berFB serta berblog sedangkan masa tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum peperangan bermula. ( nampak keMALASanku  di situ) Ah, biasa la manusia yang tak pernah sedar. Bebel dekat diri-sendiri. Bebel berpuluh-puluh, beratus-ratus, beribu-ribu kali pun entah bila agaknya kesedaran tu akan muncul. 

Sudah-sudah la tu membebel mak jemah oii.... Disebabkan mulutku sudah penat membebel dan tanganku juga sudah penat menaip, jadi kita stop setakat ni dulu la ye. Bila tenagaku telah dicaj kembali, bebelan ni akan disambung. Bersabarlah ye wahai pembaca setia.
Jangan lupa doakan kejayanku di medan peperangan itu. (AYAT SKEMA xboleh blah)

Ok Bye... Assalamualaikum..


Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Friday, March 8, 2013

7 perkara JANGAN buat selepas makan!



1. Jangan merokok.
-Kajian daripada pakar menunjukkan, kesan menghisap sebatang rokok selepas makan bersamaan mereka yang menghisap 10 batang rokok, jadi kadar untuk mendapat penyakit lebih tinggi.

2. Jangan makan buah-buahan.
-Memakan buah-buahan sejurus selepas makan akan menyebabkan perut kembung. Untuk tips pemakan yang sihat, buah-buahan boleh diambi 1-2 jam selepas makan atau 1jam sebelum makan.

3. Jangan minum teh.
-Oleh kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi, ia akan menyebabkan kandungan protin dalam makanan yang kita makan keras dan sukar untuk dihadam.

4. Jangan melonggarkan tali pinggang.
-Melonggarkan tali pinggang selepas makan boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat.

5. Jangan mandi.
-Mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ini akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut kita.

6. Jangan banyak berjalan.
-Pada hakikatnya berjalan memang bagus untuk menyihatkan jantung, tapi pada masa yang sama ia tidak bagus untuk penghadaman makanan. Berjalan akan menyebabkan kesukaran bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang kita ambil.

7. Jangan terus tidur.
-Selain akan menyebabkan kenaikan berat badan! ia juga boleh mengundang gastrik di dalam usus kerana ketika tidur, Penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik.
Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Wednesday, March 6, 2013

Thanks For Those Who Wish...




Hai.. Apa khabar semua?? Harap semua sihat2..I'm the birthday girl today. Kek kat atas tu aku yang punya. Jangan sape2 berani curi ok. Nanti aku gigit tangan tu baru tahu. Gigi tajam nih!!

Oo ye, sape yang birthday die hari ni jugak?? Sila angkat kaki anda..
Hehe. Bajet boleh nampak je aku ni. Haha..
^_^

Tujuan utama tulis entry ni SEBAB....

Nak ucapkan terima kasih kepada semua yang wish befday aku.
Thanks a lot. Jangan lupa pos hadiah taw.
Haha.. Gurau jela. Don't take it seriously.
Tapi kalau ada yang nak bagi tu, aku terima jela.
Tak elok kan tolak pemberian orang. 

Ok la, aku ada banyak keja nak buat ni. Cau dulu.. 
Bye!

P/s: Maaf atas penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua.






Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Tuesday, March 5, 2013

COUPLE ISLAMIK



~COUPLE ISLAMIK~

Apa 2?? Jom baca kisah ni..kot2 faham..Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah. beberapa tahun berlalu...

Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple.

"COUPLE ISLAMIC"

Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi.
Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu. Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC.
Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya,
"Have you married?".
"No.", jawab Safura.
"So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad.
"Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq.
Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu.
Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar.
Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun.

Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam ;)

P/s : Couple itu Haram..Jauhi Pergaulan bebas..

Sumber: Facebook

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Sunday, March 3, 2013

I'VE FALLEN IN LOVE




Wani : Isk..isk..
Yuni : Nampak macam Wani je tu..apahal cam sedih lak ni..Assalamualaikum Wani!
Wani : Waalaikumussalam..oh, Yuni..ingatkan sape tadi..hehe
Yuni : Apahal muke sedih ni? Ce citer, Wani ada problem ke?
Wani : Eh, mane ade problem pape pon..hahaha. Saje..terase sentimental pulak hari ni.. =P
Yuni : Drama air mata tadi tu ape?
Wani : Oh chenta. Aku rasa, I’ve fallen in love la Yuni..huhu..♥
Yuni : Eh? Jatuh cinta? Tapi aku dah ada tunang la. Lagipun..perempuan dengan perempuan
mane boleh kan…
Wani : Erk..bukan dengan ko la munyit..
Yuni : Tapi bukan cinta maksiat tau! Errr..cane nak explain ehh?..err
Wani : Aku start sayang kat dia lama dah..tapi aku simpan je dalam hati. Ye la, takut tak berbalas. Hehehe..tapi ko tau?. Hari ni aku dapat tau yang dia pun sayang and rindu kat aku jugak!!
Yuni : Iye? Ko tau dari mane?
Wani : Dalam ni dia ada cakap!! Meh la bace..best woo..bace la..hehe
Yuni : Surat?? Orang pakai surat lagi ke zaman ni?..Err..yela2.
Suatu hari..Nabi Muhammad S.A.W bertanya “ Siapakah hamba Allah yang mulia?”
Sahabat menjawab “Para malaikat ya Rasulullah”. Sahabat yang lain, “Tentulah para Nabi, merekalah yang mulia”. Nabi tersenyum lalu berkata : “Ya, mereka mulia, tetapi ada yang lebih mulia.” Para sahabat terdiam lalu bertanya, “Adakah kami yang mulia itu yaa Rasulullah?”.
Nabi berkata, “Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, tetapi bukan kalian yang aku maksudkan”. Baginda menundukkan wajahnya, Baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya, lalu berkata :
“Wahai sahabatku, meraka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah dan tahukah kalian, mereka tidak pernah melihatku, mereka tidak dekat denganku seperti kalian, mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA..MEREKALAH UMATKU! UMMATI! UMMATI! UMMATI!”.

Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad ♥

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

AIRMATA RASULULLAH SAW



Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizin kannya masuk, 'Maafkan lah,ayahku sedang demam, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. 

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuat kan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.

Perlahan ruh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihih
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita...
jom kita berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.. 
Sumber: Facebook

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily