Sunday, July 21, 2013

Di sebuah restoran mahal..



Di sebuah restoran mahal..

Seorang gadis bertudung makan seorang diri...

tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah..

Seorang gadis dari kumpulan itu berkata :

"gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu...ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.."

Seorang anak muda pulak menyampuk:

"ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...."

Seorang lagi berkata :

"eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ni..."..

Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu...

Lelaki tu berkata:
♥Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung.
♥Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu.
♥Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor.

“ Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yang mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga -Riwayat Anas (r.a) “

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Tuesday, July 16, 2013

Ku Sangka Orang Gila



......26 May 2011.....

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

(Copy pasted - Warta Dari Hati)

***Gambar hiasan semata-mata..

Sebarkan.. Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah swt

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Friday, July 12, 2013

Salam Ramadhan



Hai!! rasanya belum terlambat kan untuk lily ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA di bulan yang mulia ni, yakni bulan Ramadhan.
Sape yang puasa hari ni, ce angkat tangan sikit..Puasa penuh taw, jangan puasa yang yok lak.
 bangun pagi bukak periuk.. Haha..

Perbanyakkanlah amalan di bulan yang mulia ni..
Sesungguhnya ganjarannya berlipat kali ganda. Jangan lupa perbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir, solat tarawih, qiamullail serta bersedekah. Yang penting apa yang kita buat hendaklah ikhlas dan niat kerana Allah S.W.T.
Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: "Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu." 
(Riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi)
Semoga kita semua dirahmati olehNYA serta diterima segala amal ibadat yang dilakukan. Amin...


Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Thursday, July 11, 2013

FREEBIES: Doodle Adik Manis


Assalamualaikum

Setelah sekian lama menyepikan diri, kini Lily muncul kembali..
Mesti korang tertanya-tanya kemana lily menghilang kan??
ececeh.. Perasan je lebih. =,='

Sebenarnye tak ada benda pon nak tulis..
Lily ni bukanlah pandai bercerita. Maaf la ye korang.. mesti boring kan blog lily ni.
Masuk kosong je, tak de ape yang menarik.

Semalam tengah boring2, sempat la wat 3 ketol dodol , oppssss dodol pulak dah.. hehe. DOODLE. 
tiba-tiba rasa teringin nak makan dodol lak. Haha.
Penat lily wat ni taw. Lily bagi free je kat korang. Nama pon freebies kan. Hope korang suka.

 Dah ambil jangan lupa komen ye.
Yang belum follow 2, jangan lupa tekan button follow 2 ye.. Hehe









Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Kisah Benar : Anak Belikan Ibu Daging Babi & Ular Untuk Berbuka


Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini. Sekitar awal 90an, seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan, dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria. 

Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati. Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati. Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya. Dia seorang yang nakal dan liar. Tidak mengerjakan solat dan berpuasa. 

Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa, lelaki itu sedang tidur. Dia tak mahu pergi ke pasar. Berulang kali disuruh siibu, dia tetap berdegil. Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa, dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk ibunya memasak. Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu. 

Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba tiba dia menangis lagi. Meraung bagaikan dirasuk syaitan. Dalam sedu tangisnya dia bertanya , “Ustaz tahu daging apa yang saya beli?”, Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu. “Daging apa?” tanya ustaz kembali. “Saya beli daging babi ustaz!, saya berdosa Ustaz”, jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak terkata. Astaghfirullah hanya itu saja yang mampu diungkapkan. Lelaki 30 an meneruskan cerita. 

Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa ceritanya lagi. Saya bagi tau ibu, saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup. Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor. 

Ya Allah besarnya dosa saya ustaz. Dalam sendu tangisnya pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia. Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat. Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan, pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular. 

Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini. Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali. 

Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi. Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi bahawa malaikat berdoa , laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua. Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja. Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua. Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran kepada kita yang masih hidup ini.

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily