Sunday, July 21, 2013

Di sebuah restoran mahal..



Di sebuah restoran mahal..

Seorang gadis bertudung makan seorang diri...

tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah..

Seorang gadis dari kumpulan itu berkata :

"gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu...ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.."

Seorang anak muda pulak menyampuk:

"ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...."

Seorang lagi berkata :

"eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ni..."..

Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu...

Lelaki tu berkata:
♥Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung.
♥Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu.
♥Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor.

“ Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yang mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga -Riwayat Anas (r.a) “

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

3 comments:

Unknown said...

Agree..tak salah kalu licinkan pinggan sbb itu rezeki, tak baik membazir, sunah nabi itu ada kebaikkannya..
Pedulikan kata2 orang yang cetek akal.
Salam kenal

Athikah said...

Pedulikan apa orang kata kalau apa yg kita buat tu betul. :)

Unknown said...

kita sebagai anak muda ni la kena laksanakan sunnah baginda. cinta Rasulullah :) nice entry, saya suka :)

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily