Saturday, October 18, 2014

Mini Giveaway by Syira Lokman

::Assalamualaikum::



Jom join Ga ni.. Klik banner ok ^^

Mula :18 Oktober 2014
Tamat : 23 Oktober 2014 jam 6:00 am


Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Friday, October 17, 2014

Tempah Watermark @ Banner Murah

::Assalamualaikum::

Anda inginkan watermark atau banner yang MURAH?? Di sini Lily ada membuat beberapa design watermark dan banner yang simple. Semua design ini boleh digunakan untuk dijadikan watermark mahupun banner. Design-design tersebut adalah seperti yang terpamer di bawah:




Harga bagi setiap satu design hanya RM3 sahaja. Murah kan?? Jadi sesiapa yang berminat untuk menempah bolehlah inform di Fanpage Lily


Sertakan bersama:

Nombor design: (tengok dalam design di atas) 
Tempahan: Watermark/ Banner (pilih 1 atau dua-dua pun boleh) 
Warna: boleh bagi kod warna (Rujuk SINI)
Ayat yang ingin diletak: cth: nama blog


Cara pembayaran: Topup (celcom)


Bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan yang lain seperti header, footer, banner, watermark, menu tab (simple) dan cursor nama, anda bolehlah merujuk di link INI







Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Sunday, October 12, 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

::Assalamualaikum::


Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang bermula pada jam 9.30 pagi 9 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 28 Oktober 2014. Sepuluh blogger bertuah akan dipilih untuk memenangi Template Eksklusif untuk Bloglist dari cik kumbang.

Semua blogger dijemput untuk menyertai Giveaway ini sambil berkenalan sesama blogger.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow Blog Sponsor
CikKumbangAzhafizahSyiraLokmanDayangDeno

2. Like Fanpage Sponsor

3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish.

5. Make sure korang tinggalkan link entri di ruangan komen INI & nyatakan Bulan Kelahiran korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist mengikut Bulan Kelahiran plus boleh wish birthday nanti (x__X)

TARIKH TAMAT: 28 Oktober 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

Good luck!

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014

::Assalamualaikum::




Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 bermula pada jam 4.00 petang 11 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 11 November 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 552.90 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.
Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.


Syarat-syaratnya :


1. Wajib Follow Blog Sponsor

Diari Jejaka Hangat | Yun Sing | Ana Solehah | Syaza Raihanah | Iklil Syahmi | Idah Rashid | IanFaizal | Mar Mansor | Kathy R'bain | Shad | Ssurianah Yana | NurAlja | Aika Azizan | Budak Bandung Laici | Hunny Kitty | Si Tracey | Noryussyairah | Ida


2. Wajib Like Fanpage Sponsor

       


3. Follow Twitter + Instagram Sponsor
Twitter :   


Instagram :  Rexylla_Blogshop  Aerill_Hassan



4. Tambah Google Plus Sponsor

+Mohamad Khairil +ct fand 3. Buat entri bertajuk Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014



5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.


6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI



37 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 12 November 2014.


Good luck!

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Saturday, October 11, 2014

Giveaway Pertama SitiSab

::Assalamualaikum::

Jom join GA ni..Hadiah wang tunai RM100!! Banyak tu!! Apalagi, jom la join ramai-ramai. Mana tahu rezeki kita kan.  Klik banner ye uollssss...


Giveaway ini berlangsung dari: 3rd October 2014 - 3rd November 2014




Anda di Tag:
Winter Diary
ShedaUcu
Mia Liana

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Friday, October 3, 2014

Birthday Giveaway by Shad


Greetings and Assalamualaikum to all
Jemput Join


Klik Banner untuk Join

Birthday Giveaway by Shad dianjurkan oleh Shad dan disponsor oleh 

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Thursday, October 2, 2014

Blogger Area Mega Give Away


:: Assalamualaikum::

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Lily join GA ni. Hadiah dia memang gempak-gempak korang!! Seramai 61 orang blogger yang super awesome sponsor GA ni. Giler gempak!!! 
So, tunggu apa lagi. Pakat-pakat kita kasi meriah GA ni. Klik banner kat atas ok.

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Segmen : Too Kawaii For You

::Assalamualaikum::


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Lily join Segmen ni.. Jom JOIN ramai-ramai..
Ada hadiah yang menarik tau. Mana tahu rezeki korang kan. Siapa yang nak join boleh klik banner kat atas ye. 


Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Wednesday, October 1, 2014

Contest Blog Comel By: Shedaucu


::Assalamualaikum::

Korang..korang..koranggggg!!!! Jom JOIN contest ni. mana tahu kot-kot ada rezeki boleh menang kan. Hadiah pun menarik jugak. Apalagi, pakat-pakat klik banner kat bawah ni okey.. Jom kita meriahkan lagi contest ni. 

Blog shedaucu memang comel and cantik sangat. Kagum kita dengan design awak. Memang berbakat..K, tu je. Kalau korang nak join, klik banner kat bawah ok. 


(Sape Nak Join Tekan Banner Atas)

Contest Blog Comel By: Sheda Ucu  Di Anjurkan Oleh Sheda Ucu 
 Bermula 15 september  hingga 15 oktober Dengan Penaja Bersama


Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Thursday, September 25, 2014

Done Edit Blog BFF

:::Assalamualaikum:::

Hey stalker!!!
Thanks melawat blog Lily. Malam ni boring-boring update la blog yang dah berbau hamis hapak  ni. Dah macam bau stoking sebulan tak basuh pulak. Ok, ni memang melampau! Huwa3!!!
Ayat hiperbola je lebih. :p
Almaklumlah dah lama terbiar. Boring la sangat kan. Padahal minggu depan ada CONASS. 
Satu ape pun tak study lagi. Huhu! 
Memang jenis yang suka study last minute kan. 

Btw, Lily baru je siap edit blog BFF Lily ni merangkap roomate setia since Lily 1st year lagi kat UM ni. Sekarang dah 4th year. Dia ni baru je nak berjinak-jinak dalam dunia blogging ni. 
Orangnya cantik and cute taw. Sue, jangan kembang okeyhhh. Cover sikit..Hehe ^^
Follow la blog dia taw. Alang-alang singgah kan 

Moh kite jalan-jalan kat blog BFF Lily...
Klik link nih




Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Sunday, September 14, 2014

NUR






Ku merenung..
di kejauhan malam..
yang kelam..
merenung sisa-sisa hidup..
yang ku sia-siakan..

Kelam itu..
persis jiwaku..
seolah tiada NUR..
yang bisa meneranginya..
mungkin jiwa ini sudah kusam?

Kadang terumbang-ambing..
kadang tenggelam lemah..
tidak berdaya..
sampai bila mampu bertahan? 
andai lemah bisa mencengkam..
hancur hati jiwa berderai..

NUR...
terangilah hatiku...
jiwaku..
Moga dapatku nikmati..
hidup yang diredhai.. 




Nukilan: Lily

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Wednesday, September 3, 2014

Wajah Baru!!

....Assalamualaikum....

Hai readers! Dah lama Lily tak update blog ni. Bukan tak ada masa just malas je. Huhu.. Tapi tiba-tiba hari ni mood rajin la pulak. Nampak tak apa yang berubah kat blog Lily ni?? Nampak tak?? 

Lily tukar tema baru. Kali ni tema grey pink pulak. Amacam ok tak? Dah lama tak makeup blog kan. Kesian blog kite dipinggirkan. Huhu..Tapi pink still maintain. Warna favourite tu. Tak boleh tukar colour lain. So, apa pendapat korang dengan blog Lily yang berwajah baru ni? 

Cer komen sikit...

That's all..Cau dulu..

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Thursday, July 24, 2014

RESEPI: Semperit

Hai readers!!! Today Lily nak share resepi semperit. Korang dah start buat kueh raya ke belom?? Lily ada la baru buat 3 jenis kueh. Resepi yang Lily nak share ni adalah resepi yang Lily guna untuk buat kueh semperit ni. 
Bahan-bahan:
200gram butter/ marjerin
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard
3/4 cawan gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu esen vanila
Pewarna kuning telur
ceri
Cara membuat:
1. Pukul butter/marjerin bersama dengan gula halus hingga kembang.


2. Kemudian masukkan kuning telur, pewarna kuning dan esen vanila. Pukul hingga sebati.


3. Masukan kesemua tepung sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati dengan menggunakan 3 jari.



4. Bentukkan dengan acuan semperit dan letakkan ceri.



5. Bakar.


Hasilnya....Tadaaaaa!!!!!! Sedia untuk dimakan.....





SELAMAT MENCUBA!!!

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Saturday, February 22, 2014

Tips Keselamatan Wanita

 

1. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati dirinya berada dalam situasi dimana dia berada bersama seorang lelaki yang mencurigakan sewaktu menaiki lif di sebuah apartment pada lewat malam?

Pakar memberitahu: Masuk lif dan tekan butang setiap tingkat sehingga ke aras rumah anda. Tiada siapa akan berani menyerang anda didalam lif yang berhenti di setiap tingkat.

2. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati seorang yang tidak dikenali menceroboh masuk dan cuba menyerangnya sewaktu bersendirian di dalam rumah?

Pakar memberitahu: Lari ke dapur. Anda tahu di mana serbuk cili atau kunyit di simpan. Atau di mana pisau dan pinggan berada. Semua benda tersebut boleh bertukar menjadi senjata yang berbahaya. Lempar segala peralatan dapur ke arah penyerang. Biarkan ia pecah dan jerit sekuat hati. Ingat, bunyi adalah musuh kepada si penyerang kerana dia tidak mahu ditangkap.

3. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia terpaksa menaiki teksi pada waktu malam?

Pakar memberitahu: Sebelum masuk ke dalam teksi tersebut, ambil nombor pendaftarannya. Gunakan telefon bimbit anda untuk menghubungi keluarga atau rakan anda dan berikan mereka butiran teksi itu dalam bahasa yang difahami oleh pemandu teksi. Walaupun tiada siapa yang menjawab panggilan anda, anda boleh berpura-pura berbual dengan seseorang. Pemandu itu kini tahu seseorang telah mempunyai maklumat yang cukup dan dia akan berada dalam masalah yang serius jika terjadi apa-apa kepada anda. Dia kini terikat untuk memastikan anda sampai ke destinasi dengan selamat. Dari berpotensi sebagai penyerang, beliau kini telah menjadi faktor pelindung anda!

4) Bagaimana jika pemandu teksi menukar jalan yang dia tidak sepatutnya lalu dan anda berasa sedang memasuki zon bahaya?

Pakar memberitahu: Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dan tarik ke belakang. Dia akan berasa tercekik dan tak bermaya dalam beberapa saat. Dalam kes jiika anda tidak mempunyai beg tangan yang bertali, tarik kolar baju pemandu tersebut. Bahagian atas bajunya juga akan menghasilkan kesan yang sama.

5. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia berasa dirinya sedang diekori pada waktu malam?

Pakar memberitahu: Masuk kedalam kedai atau premis berhampiran yang terang. Jika kedai-kedai tidak dibuka pada waktu malam, masuk ke dalam ATM berhampiran. ATM merupakan tempat yang mempunyai pengawal keselamatan. Mereka juga dipantau oleh litar televisyen tertutup. Kerana takut dicam, tiada siapa akan berani menyerang anda.

Sentiasa berjaga-jaga adalah senjata yang paling baik buat diri wanita.

Sumber: Facebook

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Tuesday, February 18, 2014

KISAH SEORANG YANG TIDAK TAHU BACA AL-QURAN

KISAH SEORANG YANG TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, 
TAPI KUBURNYA BERCAHAYA
MENJULANG LANGIT.

Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata. Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar. Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu. 

Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?. Bila bertanya kepada orang kampung mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati. Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. 

Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Ia akan duduk dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimahmu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. 

Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya. Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini. Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. 

Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, setiap masa dan ruangkan masa setiap hari utk membaca.

Sumber: Facebook

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Monday, January 13, 2014

AKU KEMBALI !!!


Hey hoy readers!!!

AKU KEMBALI!! 

Rasanya dah terlalu lama sangat aku tinggalkan blog ni. Sampai lipan, biawak, kera semua dah beranak pinak dalam ni hah. Dah macam zoo gamaknya. Ahahah..

Well, aku agak busy sejak kebelakangan ni. Tambahan lagi aku sekarang tengah dalam  mood exam, tapi aku curi la jugak masa nak mengupdate blog ni. Almaklumlah, dah lama aku tak jenguk.
Kesian pulak kat visitors blog, masuk je tengok-tengok still entry yang sama, dah berkurun lama pulak tu. 

Jadi, untuk tak mengecewakan korang, korang dan korang semua so aku dengan rajinnya taip la sikit walaupun banyak mengarut je. Memang semuanya mengarut pun. Aku tak ada idea nak taip pasal ape. Sorry la ek.. 
 
Tapi, aku ada hadiah untuk korang. Nak tak? Nak tak?
Siapa yang tak nak hadiah kan.. Orang bagi, sapu jela kan. Hehe.. 
Ok, tutup mata dulu...
Kalau tak, tak nak bagi la hadiah ni...
ok...
JENG...JENG...JENG...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Cantik tak? Cantik tak?
Puji la sikit walaupun hakikatnya tak cantik...
Kesian la kat aku. penat taw buat ni untuk korang.
  Kekeke..

Ok la, aku nak cau dulu. 
Okbai!
-Lily-

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily