Saturday, April 4, 2015

NOVEL FIXI: Seram Oiiii~~

::Assalamualaikum::

Ni adalah kali pertama aku beli novel terbitan FIXI ni..Sebelum ini aku layan novel cintan-cintan je. Baru kali ni terasa nak bertukar selera pulak. Lagipun aku dah mula bosan melayan novel-novel cintan yang kebanyakan jalan ceritanya lebih kurang sama. Kalau beli 5 buah novel cinta, boleh dikatakan semuanya lebih kurang sama je. Entah macam mana aku boleh tertarik dengan novel FIXI ni pun aku tak tahu. Sebab aku tengok kat instagram ramai je upload gambar novel ni and cakap best. So, aku pun nak try la. Lepas aku beli baru aku tahu novel FIXI bertemakan thriller, misteri and macam-macam lagi. Gaya penulisan dia straight forward and tak ada la ayat bunga-bunga macam novel cinta. Memang aku suka sangat novel yang macam ni. Aku memang suka baca buku atau novel yang seram-seram, misteri, ngeri. Memang kena dengan taste aku la. 

Aku baru dapat beli dua buah novel je. Tak boleh beli banyak-banyak. Mahal juga novel ni. Haha..
Yang satu lagi tu kawan aku punya. Aku beli tajuk NGERI dengan ASRAMA je. Kalau ikutkan hati, semua novel FIXI aku nak borong.

 ~Mohon kawal nafsu.. Errrrr... -.-



Novel first yang aku beli 'NGERI'.. Aku beli tajuk ni pun sebab yang ni la yang paling murah rasanya. Tapi memang ngeri woiii... Malam tu aku sampai susah sangat nak tidur sebab duk teringat babak-babak ngeri dalam novel tu. Giler seram. Memang aku duk terbayang-bayang je cara pembunuhan kejam tu. Lama juga la ambil masa untuk terlelap. 


Novel kedua yang aku beli 'ASRAMA'. Aku beli pun lepas dengar dari classmate aku yang ceritanya memang seram sampaikan dia sendiri pun tak mampu nak habiskan baca. So, disebabkan aku ni memang jenis yang suka sangat cerita yang seram jadi aku pun beli la juga. Tak dapat nak kawal nafsu ni masa pergi MPH tadi. Haha... Menggoda betul novel-novel FIXI ni. Nasib baik aku tak borong semua. Ingat lagi pesan mak aku 'jangan beli novel'. Tapi aku beli juga sebab tak tahan. Rasa macam menyesal kalau tak beli langsung. Boleh pulak macam tu.. Errrr~

Disebabkan aku baru je beli siang tadi, aku baru je baca 3/4 page. Tinggal sikit je lagi nak habis. Boleh tahan seram. Time aku tengah kusyuk baca, tetiba ada bunyi 'krikkkkkk' ke bunyi macam mana entah. Aku tak ingat. Terkejut aku.. Nampak tak betapa aku menghayati novel ni.. Memang aku terkejut sangat.. haha.. Rasa lucu pulak. Sebenarnya rasa takut. Huhu.. Terus tutup novel and buka laptop tengok drama korea dekat youtube. Sambung baca esok pulak sebab takut duk teringat-ingat sampai tak boleh nak tidur pulak nanti. Aku memang rasa seram sangat la sebabnya tajuk dia kan asrama, aku pulak duduk kat hostel. Hostel=asrama. So, paham-paham jela. 

Novel ' GELAP' kawan aku punya. Tak baca lagi. Nanti nak pinjam...

Korang yang belum try baca buku terbitan FIXI, lepas ni try la baca. Mesti jatuh cinta. Especially pencinta kisah-kisah thriller, misteri ni. Kepada yang baik hati, mohon hadiahkan aku novel FIXI. Haha.. Nak lagiiiiii pleaseeeee... 



Haha..Ok la.. Nak sambung tengok drama korea.
cau dulu...


Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

5 comments:

Aliha said...

Minat thriller novel ke?? Lya takut nak baca. Nanti terbawa-bawa ke realiti.

Lily said...

@Bellya Mira lily mmg minat sgt lya.. movie pon mcm tu jugak. haha. takot mmg takot tapi tetap minat jugak. huuu

Rexylla said...

tak pernah baca novel FIXI sebelum ni.


jemput singgah ke blogshop kami.
kami menjual blouse, maxi dress & jubah yang cantik-cantik.
kami turut menjual perfume original (tester & miniature).

Unknown said...

Buku fixi yang paling best setakat ni ialah kelabu. Best gila. Saya peminat setia buku fixi hehehehe

Unknown said...

buku fixi paling best tajuk dia 'kacau'. memamng best gila2. rasa macam kte ade dlm cerita tu.

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily