Jika Bonia lebih digemari oleh ramai wanita yang berusia, Sembonia pula jenama yang bernaung di bawah nama besar Bonia lebih memfokuskan kepada penghasilan koleksi beg tangan yang lebih sesuai digayakan oleh golongan wanita pada lingkungan umur pertengahan. Ditubuhkan sejak tahun 1994, Sembonia terus melakar nama dan berdiri setanding dengan jenama-jenama hebat yang lain.
Produk utama yang ditawarkan oleh Sembonia adalah koleksi beg tangan kulit, kasut dan aksesori kulit yang lain. Kesemua produk yang ditawarkan adalah berkonsepkan gaya hidup yang mewah terutama sekali wanita-wanita moden yang bekerjaya. Oleh kerana itu, koleksi beg tangan Sembonia hadir dalam pelbagai pilihan rekaan yang eksklusif dan ‘classy’.
Dan satu fakta penting mengenai Sembonia yang anda harus tahu adalah jenama ini amat menitikberatkan kualiti setiap produk yang dihasilkan dan rata-rata penggemar setia berpendapat bahawa koleksi beg tangan Sembonia boleh dipakai dalam tempoh masa yang amat lama.
Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan bagi setiap koleksi beg tangan Sembonia juga amatlah berpatutan jika ingin dibandingkan dengan jenama-jenama hebat yang lain. Sembonia merupakan salah satu jenama yang menawarkan koleksi beg tangan online berkualiti tinggi pada harga mampu milik!
Oleh itu, bagi anda yang mengidamkan seutas beg tangan berkualiti dan berjenama pada harga yang berpatutan, jangan teragak-agak untuk mengunjungi butik Sembonia yang berdekatan atau buat pembelian hari ini juga di Sembonia online!