Saturday, February 6, 2016

4 Warna Neck Ties Sesuai untuk Urusan Rasmi


Assalamualaikum



Bekerja di dalam dunia korporat mewajibkan para pekerja untuk sentiasa berpakaian formal, kemas dan mengikuti etika berpakaian yang tertentu. Erti kata lain, seseorang individu itu tidak boleh berpakaian sesuka hati atau berpakaian kasual untuk ke tempat kerja. Bagi pekerja lelaki, pakaian rasmi yang sering dipakai adalah seluar slack, kemeja dan neck ties atau tali leher. Pemakaian blazer pula tidak diwajibkan dan biasanya penjawat tertinggi yang akan memakai blazer ketika melakukan urusan-urusan rasmi. 

Untuk pemilihan neck ties for men atau tali leher juga terdapat beberapa panduan yang harus diikuti oleh pekerja lelaki dan salah satunya adalah warna tali leher yang bersesuaian untuk dipakai. Perlu diingatkan bahawa tali leher yang berwarna terlalu terang atau bercorak yang tidak bersesuaian tidak boleh sama sekali untuk dipakai ketika melakukan apa jua urusan rasmi. Berikut merupakan 4 warna tali leher yang paling sesuai untuk dipakai bersama pakaian formal lelaki;


Biru – Biru adalah warna korporat yang sering digunakan bagi pelbagai urusan rasmi. Pilihan tali leher berwarna biru tua merupakan pilihan yang paling ideal dan menjadikan si pemakai kelihatan lebih elegan. 




Kelabu – Begitu juga dengan penggunaan tali leher berwarna kelabu seperti berikut. Ia merupakan diantara warna-warna yang sesuai dipadankan dengan apa jua warna kemeja anda. 




Merah Hati – Atau jika anda mahu kelihatan lebih ceria, pilih tali leher berwarna merah hati dan elakkan daripada memakai warna-warna terang yang lain. 




Coklat – Warna selamat yang seterusnya adalah warna coklat yang juga amat berpadanan dengan imej korporat anda.

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

No comments:

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily