Sunday, March 13, 2016

Tips Menggayakan Floral Dress

 
Ramai pakar fesyen atau fashion expert bersepakat bahawa floral prints tidak akan pernah outdated. Fesyen floral ini sentiasa evergreen dan sesuai dipakai oleh semua jenis wanita tidak mengira umur bentuk badan. Floral looks good in everybody tetapi terdapat beberapa panduan yang boleh anda ikuti untuk mendapatkan penampilan yang sempurna apabila menggayakan koleksi floral dress seperti berikut;
  1. Firstly, tahu bentuk badan anda terlebih dahulu dan pilih jenis potongan dress yang sesuai untuk dipakai. Misalnya, jika anda mempunyai bentuk badan yang curvey, bodycon dress adalah potongan dress yang terbaik.
  2. Elakkan memakai floral dress yang mempunyai lebih daripada 3 kombinasi warna. More than 3 will be a great messy.
  3. Pastikan anda memakai floral dress ini ke acara atau tempat yang bersesuaian. Floral dress untuk menghadiri temuduga? Bukan satu pilihan yang bijak.
  4. Pilih beg tangan dan kasut yang tidak bercorak dan padankan dengan warna yang bersesuaian agar anda mempunyai penampilan yang sedondon.
Dan untuk aksesori tambahan yang boleh anda gayakan bersama floral dress pula adalah seperti berikut;
  1. Anda boleh memakai tali pinggang dengan warna yang kontra untuk penampilan yang lebih menyerlah.
  2. Gayakan leather jacket atau denim jacket sebagai outerwear anda untuk kelihatan lebih ranggi.
  3. Dan untuk gaya yang elegan atau untuk dipakai ke pejabat, anda boleh memakai blazer sebagai pakaian luar anda.


Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

2 comments:

Cik Kumbang said...

Thank you for the sharing :)

http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my/

aryan azra said...

memang cantik dress berbunga

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily