Monday, June 6, 2016

Amalan Sunat Di Bulan Ramadhan




1) Menyegerakan berbuka
Apabila yakin telah masuk waktu maghrib, maka segeralah berbuka. Jangan melewat-lewatkan berbuka. Sebelum berbuka jangan lupa baca doa ye. 

2) Berbuka dengan juadah manis
Mulakan lah makan juadah manis terlebih dahulu seperti kurma atau buah-buahan yang manis. 

3) Memperbanyakkan Bacaan Al-Quran
Lepas solat maghrib sementara tunggu Isya' bolehlah baca Al-Quran sekejap. Tak semestinya lepas berbuka je. Sepanjang bulan puasa, amalkanlah membaca ayat Al-Quran walaupun 1 baris kerana banyak ganjaran di dalamnya.

4) Banyakkan berzikir dan selawat.
Berzikir dan selawat lebih baik daripada kita berbual kosong. Amat penting untuk menjaga lidah di bulan puasa. Jangan kerana mulut, pahala pun kurang. 

5) Bersedekah
Bersedekah tak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Korang boleh sedekah juadah berbuka atau apa sahaja dengan jiran terdekat dan juga orang miskin.

6) Banyakkan berdoa.
Di bulan yang mulia banyakkanlah berdoa kerana banyak fadilat di dalamnya. Antara waktu mustajab adalah ketika waktu berbuka. Masa baca doa berbuka tu selitkanlah juga doa lain.

7) Melewatkan sahur
Kebanyakan orang paling susah nak bangun sahur. Lebih sayangkan bantal. Bersahurlah walaupun dengan hanya makan buah kurma. Pentingnya sahur untuk bagi kita tenaga untuk bertahan sepanjang hari berpuasa.

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

No comments:

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily