Sunday, July 3, 2016

Waktu Sesuai Memakai Leggings for Girls


Sebenarnya leggings bukanlah bawah kategori jenis seluar dan beberapa tahun yang lalu, wanita dikecam sebagai tidak mengetahui fesyen jika memakai koleksi leggings di luar rumah. Sejak mula diperkenalkan, leggings kekal sebagai pakaian dalam wanita dan hanya dipakai apabila berada di rumah sahaja. Namun, fesyen kian berkembang dan begitu juga dengan rekaan leggings yang semakin menarik boleh anda temui di pasaran. Perkembangan ini menjadikan koleksi leggings kian diterima ramai dan ia mula dipakai luar dari kawasan rumah. Namun, ini tidak bermakna anda boleh sesuka hati memakai koleksi leggings for girls ini di mana sahaja. Berikut merupakan beberapa waktu dan tempat yang sesuai untuk anda memakai leggings;
  1. Casual outings. Casual di sini bermaksud apabila anda ingin keluar minum bersama rakan-rakan pada hujung minggu dan jika anda ingin menonton wayang misalnya.
  2. Travel. Yup, pemakaian leggings adalah pilihan terbaik untuk anda yang ingin travel kerana ia memberikan keselesaan yang ideal sepanjang perjalanan anda.
  3. Ke pantai. Selain travel, anda juga boleh memakai leggings apabila ingin berpiknik di pantai. Fabrik leggings yang ringan ini juga membolehkan anda berenang dengan memakainya.


  1. Bersukan. Selain daripada yoga pants dan track suits, anda juga boleh memakai leggings ketika ingin melakukan aktiviti sukan untuk pergerakkan yang lancar.
  2. Pakaian harian. Seperti yang dinyatakan di atas, leggings merupakan jenis pakaian harian yang paling selesa dipakai. Selain daripada waktu-waktu dan tempat-tempat yang dinyatakan di atas, elakkan daripada memakai leggings.

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

2 comments:

AinAthirah Anuar said...

Singgah sebelum raya. Ain nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Tersalah komen, tersuka komen, tersibuk komen dan banyak lagi ter harap diampunkan :) Selamat pulang ke kampung halaman, Semoga selamat pergi dan balik,
Pemilik blog theathra.blogspot.my
Ain Athirah binti Anuar

Farhana Jafri said...

tak suka sangat pakai leggings sebab dia melekat sangat dekat kaki. btw, salam perkenalan ye :)

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily