Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia bersama rakannya sedang memancing di Jeti Semeling sebelum terdengar bunyi kuat seperti sesuatu yang berat terjatuh ke dalam sungai.
Menurutnya, selepas itu terdengar seperti seakan-akan orang menjerit namun seketika kemudian terus lenyap.
“Kami dengar seperti ada benda besar jatuh berdasarkan bunyi percikan air,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, dia bersama rakan kemudian terus ke atas jambatan untuk melihat apa yang berlaku sebelum menemui sebuah motosikal yang masih belum dimatikan enjin.
“Seketika kemudian, datang seorang perempuan yang mengakui motosikal itu milik salah seorang ahli keluarganya yang baru sahaja keluar dari rumah,” katanya.
Sementara itu, sumber memberitahu, mayat mangsa ditemui pasukan bomba sukarela yang turut menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
“Setelah dua kali rondaan dibuat, anggota bomba sukarela ternampak mayat mangsa yang tersangkut di salah satu pukat di situ kira-kira jam 12 tengah malam,” katanya.
Selain itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin mengesahkan mayat mangsa ditemui beberapa jam selepas kejadian.
“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk dibedah siasat,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
3 comments:
innalillahi ainna ilaihi rajiun
Yang hidup, pasti mati
hye hye... dayat dh follow... follow dayat balik ehhh.... nice blog...keep it up :)
Post a Comment