Wednesday, December 23, 2015

Percutian Di Perak

Assalamualaikum

Hai korang! Cuti sekolah ni korang ada pergi bercuti ke mana-mana tak? Takkan menghabiskan masa di rumah sahaja kan. Kali ni Lily dapat berjalan-jalan makan angin bersama keluarga sebab dah habis study. Tunggu masa nak dapat kerja je. Hikhik!!

Lily pergi makan angin di Perak je. Negeri kelahiran Lily. Walaupun tinggal di Perak tapi tak bermakna Lily dah jelajah seluruh tempat di Perak ni. Banyak lagi tempat yang tak pernah pergi tau. Yela, nak pergi pun kena guna duit kan. Huhu..

Nak tahu Lily pergi ke mana tak?

Kali ni pergi ke pantai je. Antara banyak-banyak tempat, pantai la tempat yang paling best. Suka tengok laut yang biru ciptaan Allah, sejuk je mata memandang. Terasa damai je hati ni. Jiwa dan fikiran yang kusut pun boleh jadi tenang kalau tengok ciptaan Allah yang terlalu indah ni.

Sebenarnya dah lama pergi ni tapi baru hari ni berkesempatan nak update di blog. Yela, kadang-kadang nak menaip pun kena ada mood kan. Lagipun Lily agak sibuk pergi interview sana sini. Cari kerja la katakan. Tak mau la menganggur lama-lama. Takut ada yang masuk meminang pulak nanti. Ngehehehe~~

Destinasi pertama kitorang hari tu ialah pantai Teluk Senangin.. Boleh la jamu mata tengok gambar kat bawah ni. Sikit je Lily tangkap.

TELUK SENANGIN


Pemandangan yang cantik kan..Tu adik Lily..


Saje tangkap nampak daun-daun ranting pokok ni.. Nampak cantik..




Abah cakap pulau yang nampak jauh tu Pulau Pangkor..


Ada yang dok main pasir tu hah.. main tanam-tanam barangkali.. huhu

Lily tak mandi pun. adik je mandi. Kurang gemar mandi laut ni. Kadang rasa pening je bila berdiri dalam air laut tu.. macam diawang-awangan.. rasa macam nak jatuh. Korang rasa macam tu tak?

Dah puas main air kitorang pun bertolak ke homestay. Rehat-rehat sekejap. Petang tu kitorang pergi Lumut pulak..


LUMUT

Jeti Lumut


Kat sana tu Pulau Pangkor.. Belum berkesempatan lagi untuk ke sana.. Maybe next trip?


Cantik kawasan ni..

Teringin nak naik atas tu.. hehe


Gambar ni paling cantik yang pernah Lily snap..Lily rasa laa..Hehe

Kitorang jalan-jalan je kat sini. Kat sini banyak la kedai-kedai jual hasil laut, satay, hiasan, cenderamata kenang-kenangan, pakaian dan senagainya. Harga boleh tahan laa. Kitorang beli satay dan t-shirt pangkor je. Malam tu baru bertolak balik ke homestay. Penat sangat.  Sampai-sampai, mandi terus tidur. Penat seharian berjalan.

Keesokannya sebelum bertolak balik kitorang singgah kejap kat Teluk Batik. Adik belum puas mandi laut lagi. Huhu.. Seronok kan kalau tinggal kat tepi pantai. Hari-hari boleh lepak-lepak, mandi, berkelah tepi pantai. 


TELUK BATIK





best jalan kat tepi pantai..angin sepoi-sepoi bahasa.. sejuk je..

merenung jauhhh...


ku ukir namaku di pepasir pantai..agar kau bisa menemuiku..huhu..jiwang habisss


jalan nak pergi cari makanan pulak..lapar laa,,p pantai kalau tak makan pe kelassss..rugi laa





Lepas dah puas kitorang pun bertolak pulang... THE END..






Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

2 comments:

Anonymous said...

waaa.. bestnyaa jalan-jalan. Lissa suka pantai ! hehe

Han Hanni said...

Suami kami orang Perak. Tapi setakat ni hanya ke Lumut dan Manjong saja. cuci2 mata.
Teluk INtan Menara Condong lalu jer

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily