Tuesday, June 14, 2016

Best Looks with Boat Shoes


Boat shoes merupakan jenis kasut unisex yang sesuai digayakan oleh lelaki mahupun wanita. Sama seperti pemakaian loafers, boat shoes juga boleh dipakai kemana sahaja dan sesuai digayakan dengan pelbagai jenis pakaian. Rekaan boat shoes yang cukup simple dan casual ini turut diminati kerana ia amat selesa dipakai serta tidak menyakitkan kedua belah kaki si pemakai.  Namun, untuk para penggemar koleksi boat shoes, harus diingatkan bahawa terdapat beberapa simple rules yang perlu anda ikuti seperti berikut;
  1. Jangan sesekali memakai koleksi boat shoes ini bersama stokin.
  2. Bagi lelaki, jangan memakai boat shoes bersama seluar kargo atau cargo pants.
  3. Dan bagi wanita pula, koleksi boat shoes ini tidak sesuai digayakan dengan koleksi dress dan juga koleksi pakaian tradisional seperti baju kurung.
Tahukah anda apakah best looks with boat shoes? Let’s check this out;

Untuk gaya yang paling terbaik adalah dengan memadankan boat shoes tersebut bersama pemakaian skinny jeans dan kemeja baik lelaki mahupun wanita.

Selain skinny jeans dan t-shirts, boat shoes ini juga sesuai untuk digayakan bersama jenis seluar lain misalnya chino pants dan slack pants.  

Dan gaya yang ketiga adalah dengan tampil santai bersama kombinasi seluar pendek atau shorts bersama koleksi t-shirt atau sweatshirts.


Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Monday, June 6, 2016

Tips Sahur Yang Sihat



Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Amalan Sunat Di Bulan Ramadhan




1) Menyegerakan berbuka
Apabila yakin telah masuk waktu maghrib, maka segeralah berbuka. Jangan melewat-lewatkan berbuka. Sebelum berbuka jangan lupa baca doa ye. 

2) Berbuka dengan juadah manis
Mulakan lah makan juadah manis terlebih dahulu seperti kurma atau buah-buahan yang manis. 

3) Memperbanyakkan Bacaan Al-Quran
Lepas solat maghrib sementara tunggu Isya' bolehlah baca Al-Quran sekejap. Tak semestinya lepas berbuka je. Sepanjang bulan puasa, amalkanlah membaca ayat Al-Quran walaupun 1 baris kerana banyak ganjaran di dalamnya.

4) Banyakkan berzikir dan selawat.
Berzikir dan selawat lebih baik daripada kita berbual kosong. Amat penting untuk menjaga lidah di bulan puasa. Jangan kerana mulut, pahala pun kurang. 

5) Bersedekah
Bersedekah tak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Korang boleh sedekah juadah berbuka atau apa sahaja dengan jiran terdekat dan juga orang miskin.

6) Banyakkan berdoa.
Di bulan yang mulia banyakkanlah berdoa kerana banyak fadilat di dalamnya. Antara waktu mustajab adalah ketika waktu berbuka. Masa baca doa berbuka tu selitkanlah juga doa lain.

7) Melewatkan sahur
Kebanyakan orang paling susah nak bangun sahur. Lebih sayangkan bantal. Bersahurlah walaupun dengan hanya makan buah kurma. Pentingnya sahur untuk bagi kita tenaga untuk bertahan sepanjang hari berpuasa.

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily