Boat shoes merupakan jenis kasut unisex yang sesuai digayakan oleh lelaki mahupun wanita. Sama seperti pemakaian loafers, boat shoes juga boleh dipakai kemana sahaja dan sesuai digayakan dengan pelbagai jenis pakaian. Rekaan boat shoes yang cukup simple dan casual ini turut diminati kerana ia amat selesa dipakai serta tidak menyakitkan kedua belah kaki si pemakai. Namun, untuk para penggemar koleksi boat shoes, harus diingatkan bahawa terdapat beberapa simple rules yang perlu anda ikuti seperti berikut;
- Jangan sesekali memakai koleksi boat shoes ini bersama stokin.
- Bagi lelaki, jangan memakai boat shoes bersama seluar kargo atau cargo pants.
- Dan bagi wanita pula, koleksi boat shoes ini tidak sesuai digayakan dengan koleksi dress dan juga koleksi pakaian tradisional seperti baju kurung.
Untuk gaya yang paling terbaik adalah dengan memadankan boat shoes tersebut bersama pemakaian skinny jeans dan kemeja baik lelaki mahupun wanita.
Selain skinny jeans dan t-shirts, boat shoes ini juga sesuai untuk digayakan bersama jenis seluar lain misalnya chino pants dan slack pants.
Dan gaya yang ketiga adalah dengan tampil santai bersama kombinasi seluar pendek atau shorts bersama koleksi t-shirt atau sweatshirts.
No comments:
Post a Comment