Showing posts with label cupcake. Show all posts
Showing posts with label cupcake. Show all posts

Friday, November 13, 2015

RESEPI: Moist Chocolate Cake


Assalamualaikum/ Hai

Seperti yang lily janjikan dalam entry yang lepas pasal chocholate moist cake, harini lily akan kongsikan resepinya. maaf sebab lambat sangat update. Moh kite tengok resepi kek coklat moist. Senang je cara buatnya. Kalau ikut semua step ni, confirm menjadi elok je kek korang nanti.



Bahan-bahan: 
2 biji telur
1 1/2 cwn gula halus
1 cwn minyak masak
1 cwn susu pekat
1 3/4 cwn tepung gndum
1/2 sudu teh soda
1/2 sdu teh baking powder
1/2 sdu teh garam halus
1 cwn air didih
Serbuk koko 

Cara-cara membuat:  
Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang. Masukkan susu, minyak dan kacau. Kemudian masukkan serbuk koko, kacau hingga sebati. Masuk baking powder, soda, garam halus dan tepung, kacau.. Last sekali masukkan air didih. Bakar/kukus.
Lepas ni boleh la korang buat kek coklat sendiri. Tak payah beli dah kalau teringin nak makan. Senang je cara nak buat kek coklat ni. 

Semoga berjaya ye!




Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Monday, November 9, 2015

Moist Chocolate Cupcake


Assalamualaikum/ Hai


Siapa kat sini yang suka makan kek coklat sila angkat tangan? Ehhhh, acah-acah macam nampak pulak! Haha.. Mesti ramai yang suka makan kek coklat kan. Sekarang ni ramai yang suka makan kek cheese and coklat. Hurmm..Yummy! memang pebret lily dua-dua jenis kek ni. Bukan setakat dua jenis kek ni je, segala jenis kek lily tibai asalkan sedap dan yang penting halal. Hah, dengar tu! Makan tu makan jugak. Bahan nak buat tu pastikan halal tau. 

Nak cerita la ni haritu adik lily balik rumah. Dia ni memang hantu cupcake. Tambah-tambah yang versi comel-comel warna warni tu. Melting habis laa. Memang tak tahan. Lily pulak tak la minat sangat cupcake tapi makan jugak kalau sedap. Sebab kebanyakan cupcake yang lily makan (yang dibeli la) padat sangat and ada yang keras. Lebih sedap kalau yang jenis lembut and gebu je. Yang tu memang tak tolak la. Makan puas-puas. 

Apa guna kalau cantik tapi tak sedap kan. Macam tak bermakna je. Orang yang beli pun rasa tak puas hati. Mostly orang beli cupcake ni sebab nampak comel je pada mata diorang. Rasa belum tahu lagi. Kalau nak orang repeat order berkali-kali mesti la buat kek yang super WOW kan.. Tak gitu? Baru la puas hati. Hah, panjang pulak aku membebel. Heh! Ada aku kesah~~

Huhu..jangan marah k. Nanti kena jual. Sambung cerita tadi.. Kan adik lily ni suka sangat cupcake so mak awal-awal lagi dah belikan bekas cupcake tu. Pastu menari-nari la adik di dapur buat adunan kek tu. Memang super sedap la. Mabeles u'ollss! Sampai berketol-ketol cupcake i'olls tibai. Eh, betul ke bahasa aku ni.. Ah, pedulikan la. Ni bukan buat karangan bahasa melayu. Haha! Maafkan diatas kecelaruan bahasa ku. Eheheh..

Korang nak tengok tak cupcake tu? Please cakap nak..Penat tau lily snap gambar ni walaupun camera phone lily tak cantik. Penat la sangat kan. Apa yang penat ntah~~ Over je lily ni. huhu..




Cupcake yang adik lily buat ni memang superb laa wa cakap sama lu.. Tak nyesal tau kalau makan. Makan sampai licin. Adik buat versi bakar dan kukus. Dua-dua versi sedap. 



Sampai harini rasa macam nak makan lagi tapi malas nak buat. Haha.. Nak makan tapi malas nak buat. Ntah pape je lily ni. Ok la, dah puas hadap gambar cupcake. Cau dulu..


Eh cop coppp!! Lupa nak cakap. Korang mesti nak resepi kan.. kan.. kannnn....Huhu. 


Resepi akan diupdate di entry yang seterusnya. Nantikan ye..

Bye2!






Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily