Friday, November 13, 2015

RESEPI: Moist Chocolate Cake


Assalamualaikum/ Hai

Seperti yang lily janjikan dalam entry yang lepas pasal chocholate moist cake, harini lily akan kongsikan resepinya. maaf sebab lambat sangat update. Moh kite tengok resepi kek coklat moist. Senang je cara buatnya. Kalau ikut semua step ni, confirm menjadi elok je kek korang nanti.



Bahan-bahan: 
2 biji telur
1 1/2 cwn gula halus
1 cwn minyak masak
1 cwn susu pekat
1 3/4 cwn tepung gndum
1/2 sudu teh soda
1/2 sdu teh baking powder
1/2 sdu teh garam halus
1 cwn air didih
Serbuk koko 

Cara-cara membuat:  
Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang. Masukkan susu, minyak dan kacau. Kemudian masukkan serbuk koko, kacau hingga sebati. Masuk baking powder, soda, garam halus dan tepung, kacau.. Last sekali masukkan air didih. Bakar/kukus.
Lepas ni boleh la korang buat kek coklat sendiri. Tak payah beli dah kalau teringin nak makan. Senang je cara nak buat kek coklat ni. 

Semoga berjaya ye!




Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Thursday, November 12, 2015

SAPS Beri Kemudahan Kepada IbuBapa


Assalamualaikum/ Hai


Tahu tak apa tu SAPS? 

SAPS @ SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH adalah sistem yang didirikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di mana guru-guru akan key-in markah murid-murid ke dalam sistem ni secara online. SAPS ni memuatkan markah hanya untuk murid sekolah rendah ( darjah 1-6) dan sekolah menengah (tingkatan 1-5) sahaja. Ibu bapa boleh menyemak markah anak-anak dalam SAPS. Sangat mudah!

Kalau ingat balik zaman dulu mana ada sistem yang macam SAPS ni. Budak-budak selalu je kelentong mak ayah tambah-tambah kalau mak ayah diorang garang. Apa lagi, takut la diorang nak bagitahu result kat mak ayah kalau result teruk kan. Ada jela yang sorok la, buang la dan macam-macam lagi. Dengan adanya sistem ni, senang la mak ayah nak pantau perkembangan akademik anak-anak. 

Ada sesiapa lagi yang tak tahu cara nak ke laman SAPS? Mari lily tunjukkan caranya. Sangat mudah sebenarnya. 

1) Pergi ke url ini https://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php  (klik). Akan keluar macam kat bawah ni:

*klik gambar untuk besarkan

2) Klik tab warna hijau (SEMAKAN IBUBAPA) yang lily bulatkan warna merah tu.

3) Lepas tu nanti akan keluar yang ni:

4) Isi semua yang patut: No. IC, pilih sekolah rendah/ menengah dan tahun. Lepas tu tekan semak laporan. 

5) Ikut je semua arahan. Tak susah kan..



Tadi lily check result peperiksaan akhir tahun adik bongsu lily. Alhamdulillah semua lulus. Dapat nombor 3 dalam kelas dan juga dalam darjah. Tahniah adik! nanti usaha lebih lagi. Tahun depan adik lily UPSR pulak! Semoga adik lily dapat buat yang terbaik nanti. 

Setakat ni la dulu perkongsian lily. Moga bermanfaat dan dapat membantu korang. Bye2!


Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily