Monday, May 30, 2016

Fesyen Kurung Pahang Moden


Umum mengetahui bahawa koleksi baju kurung kedah adalah jenis baju kurung yang paling selesa dipakai dimana ia direka tanpa pasak dan berpotongan lebih lebar daripada jenis baju kurung yang lain. Tidak hairanlah jika koleksi baju kurung ini sering menjadi pilihan ramai wanita terutama sekali mereka yang mempunyai tubuh badan yang lebih berisi. Bersempena dengan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, koleksi baju kurung Pahang moden sekali lagi menjadi pilihan ramai wanita untuk tampil bergaya dan berikut merupakan beberapa koleksi terkini hasil rekaan pereka-pereka fesyen terkenal tanah air kita;
Rizalman
Nama yang cukup gah dalam industri fesyen tempatan, Rizalman membawakan aneka pilihan baju kurung moden dan tidak terkecuali koleksi baju kurung Pahang moden untuk tatapan para penggemar khusus Raya ini.

Jovian Mandagie
Nama yang juga tidak asing dikalangan para penggemar fesyen di Malaysia, Indonesia dan Singapura ini juga tidak ketinggalan dalam menawarkan koleksi baju raya yang cukup menawan dan trendy pada tahun ini.

Bella Ammara
Mungkin masih baru dalam dunia fesyen, namun tidak dinafikan bahawa Bella Ammara kini berdiri setanding dengan jenama-jenama pakaian Muslimah hebat yang lain. Tahun ini juga menyaksikan aneka koleksi baju kurung dan jubah moden keluaran Bella Ammara.

Syaiful Baharim
Sentuhan eksklusif Syaiful Baharim tidak pernah mengecewakan para penggemar fesyen tanah air. Beliau sentiasa menghasilkan koleksi pakaian yang benar-benar berkualiti dan bercitarasa tinggi.


Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Monday, May 23, 2016

Tips to Wear Leggings for Girls


Ramai yang tidak mengetahui bahawa leggings bukanlah satu jenis seluar dan ini bermaksud ia tidak boleh dipakai sesuka hati seperti koleksi seluar yang lain. Ia lebih sesuai dipakai sebagai inner dan juga selesa dipakai sebagai pakaian harian di rumah. Namun, jika anda bijak bergaya dan ingin kekal selesa di luar rumah dengan pemakaian koleksi leggings ini, berikut merupakan beberapa tips on how to wear leggings for girls yang boleh anda jadikan sebagai panduan berfesyen;
  1. Warna

Untuk penampilan yang lebih selamat dengan pemakaian leggings, anda boleh memilih untuk menggayakan koleksi leggings berwarna gelap seperti hitam atau biru tua seperti berikut. Koleksi leggings yang berwarna seperti ini juga mudah untuk anda padankan dengan koleksi pakaian anda yang lain.

  1. Saiz

Pastikan anda memakai leggings dengan saiz yang bersesuaian kerana saiz leggings yang terlalu besar atau terlalu kecil boleh menyebabkan anda berasa kurang selesa.

  1. Baju labuh

Seperti yang dibincangkan awal tadi, pemakaian leggings adalah tidak berpadanan dengan koleksi baju yang singkat seperti baju-t dan sebagainya. Untuk penampilan yang lebih sopan, gayakan leggings tersebut dengan koleksi baju yang labuh dan menutupi bahagian pinggul anda.

  1. Kasut

Leggings kurang sesuai dipakai bersama koleksi heels sebaliknya anda boleh bergaya bersama pemakaian pumps, sandals, dan flats shoes.

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Saturday, May 21, 2016

Resepi: Semperit Gebu

Assalamualaikum

Hai !!! Hari ni Lily nak share resepi semperit. Bulan Ramadhan dah nak tiba ni.. mesti uolls nak buat kueh untuk menyambut raya aidilfitri nanti kan. Jadi, lily nak share awal2 la resepi ni supaya uolls tak la tercari-cari nanti. Buat ikut resepi ni confirm jadi. Gebu je. Tapi pastikan ikut step by step ok. Nah!
Bahan-bahan:
200gram butter/ marjerin
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard
3/4 cawan gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu esen vanila
Pewarna kuning telur
ceri

Cara membuat:

1. Pukul butter/marjerin bersama dengan gula halus hingga kembang.


2. Kemudian masukkan kuning telur, pewarna kuning dan esen vanila. Pukul hingga sebati.


3. Masukan kesemua tepung sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati dengan menggunakan 3 jari.


4. Bentukkan dengan acuan semperit dan letakkan ceri.



5. Bakar.


Hasilnya....Tadaaaaa!!!!!! Sedia untuk dimakan.....





SELAMAT MENCUBA!!!

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Thursday, May 19, 2016

THE VIEW I LOVE TO SEE


Flower? Things that women can't reject. Mostly semua perempuan sukakan bunga. Bila tengok je bunga yang indah ni, hati rasa tenang je. Sejuk mata memanjang.. rasa damai jiwa. Perempuan dengan bunga memang tak dapat dipisahkan. Melainkan kalau seseorang tu alergy dengan debunga. Jom cuci mata tengok taman-taman bunga yang cantik ni.. 






Sumber: Google

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Tuesday, May 17, 2016

Converse Sneakers #OOTD



Sedikit info mengenai jenama Converse; ditubuhkan oleh Marquis Mills Converse dan kemudian disertai oleh  Chuck Taylor merupakan sebuah syarikat yang menawarkan aneka pilihan kasut atau sneakers. Setelah berpuluh-puluh tahun lamanya berada di dalam pasaran, Converse merupakan sebuah jenama yang cukup klasik dan terkenal dengan rekaan sneakers yang vintage. Apa yang menarik, rekaan sneakers Converse ini sesuai digayakan oleh lelaki mahupun wanita dan sehingga kini, koleksi kasut Converse masih menjadi favourite ramai penggemar di seluruh dunia.
Di Malaysia sendiri, butik Converse boleh anda temui di pusat-pusat membeli-belah yang terkemuka di ibukota. Masih dengan rekaan klasik yang cukup ringkas, Converse Malaysia berjaya menambat hati ramai penggemar dengan membawakan koleksi kasut yang cukup berkualiti dan tahan untuk tempoh yang lama. Jom kita lihat beberapa #OOTD yang menampilkan koleksi Converse sneakers;


The best combination ever. Jeans dan tees merupakan pilihan yang paling ideal untuk tampil bergaya dengan koleksi Converse sneakers.


Atau anda juga boleh menggayakan sneakers tersebut bersama padanan leather pants shirts seperti berikut.


Erti kata lain, Converse sneakers ini sesuai untuk anda gayakan dengan apa jua pilihan pakaian kasual kegemaran anda.


Bagaimana pula dengan menggayakan sneakers Converse bersama pemakaian dress?



Dan sarungkan leather jackets untuk kelihatan ranggi dan cukup funky! 

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

LIFE



Make your life wonderful
Even it is tough
Bear with it..

Always think positive..
Because..
In the future
we don't know what will happen..

Always remember..
In every hard situations..
there will always be a rainbow
after the rain stops..


Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Friday, May 13, 2016

Tuesday, May 10, 2016

Fesyen Jeans Wanita


Diantara semua jenis pakaian, jeans merupakan jenis seluar yang paling praktikal dan versatile untuk dipakai. Ia merupakan pilihan yang ideal untuk digayakan sebagai pakaian kasual dan boleh dipadankan dengan apa jua jenis tops. Oleh itu, tidak hairanlah jika jeans sering menjadi seluar pilihan ramai wanita dan lelaki sebagai pakaian harian yang selesa. Oleh itu, untuk entri kali ini.. kita akan berkongsi sedikit informasi mengenai fesyen-fesyen jeans wanita yang paling popular di kalangan penggemar jeans;

Straight cut jeans
Bagi rekaan jeans yang sering menjadi pilihan kaum lelaki adalah straight cut jeans yang berpotongan lurus daripada bahagian peha ke bawah.

Boot cut jeans
Bagi wanita yang ingin tampil lebih feminine pula, koleksi boot cut jeans sering menjadi pilihan kerana potongan pada bahagian betis ke bawah yang lebih lebar.

Flare cut jeans
Bagi wanita yang bertubuh gempal pula, koleksi flare cut jeans merupakan pilihan yang cukup ideal kerana direka dengan potongan yang lebar dan longgar.

Boyfriend Jeans
Bagi rekaan boyfriend jeans pula, koleksi ini berpotongan agak longgar pada bahagian pinggul dan peha dan kemudia berpotongan tirus pada bahagian lutut ke bawah serta labuh seluar ini adalah di paras atas buku lali.

Jeggings
Jeggings merupakan denim version of leggings.

Skinny Jeans
Koleksi jeans yang paling digemari oleh ramai wanita pula adalah koleksi skinny jeans yang berpotongan mengikut bentuk kaki.


Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Sunday, May 8, 2016

HARI IBU


Assalamualaikum



Selamat Hari Ibu bagi seluruh wanita yang bergelar ibu di dunia..Tak lupa kepada bakal-bakal ibu. Jasa ibu terlalu besar. Mereka lah yang telah bersusah payah membesarkan dan mendidik kita.. Tanpa mengenal penat dan lelah, Mereka harungi kesusahan  dan keperitan melahirkan kita ke dunia ini. 

Sayangilah ibu anda dan hormatilah mereka. Jangan pernah sakiti hati ibu kita. Ingatlah jika kita berbuat jahat kepada ibu kita, ingatlah nanti anak kita pasti akan melakukan hal yang sama kepada kita. 

Hari-hari adalah hari ibu. Bukan harini je tau.

SELAMAT HARI IBU!

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily