Tuesday, May 10, 2016

Fesyen Jeans Wanita


Diantara semua jenis pakaian, jeans merupakan jenis seluar yang paling praktikal dan versatile untuk dipakai. Ia merupakan pilihan yang ideal untuk digayakan sebagai pakaian kasual dan boleh dipadankan dengan apa jua jenis tops. Oleh itu, tidak hairanlah jika jeans sering menjadi seluar pilihan ramai wanita dan lelaki sebagai pakaian harian yang selesa. Oleh itu, untuk entri kali ini.. kita akan berkongsi sedikit informasi mengenai fesyen-fesyen jeans wanita yang paling popular di kalangan penggemar jeans;

Straight cut jeans
Bagi rekaan jeans yang sering menjadi pilihan kaum lelaki adalah straight cut jeans yang berpotongan lurus daripada bahagian peha ke bawah.

Boot cut jeans
Bagi wanita yang ingin tampil lebih feminine pula, koleksi boot cut jeans sering menjadi pilihan kerana potongan pada bahagian betis ke bawah yang lebih lebar.

Flare cut jeans
Bagi wanita yang bertubuh gempal pula, koleksi flare cut jeans merupakan pilihan yang cukup ideal kerana direka dengan potongan yang lebar dan longgar.

Boyfriend Jeans
Bagi rekaan boyfriend jeans pula, koleksi ini berpotongan agak longgar pada bahagian pinggul dan peha dan kemudia berpotongan tirus pada bahagian lutut ke bawah serta labuh seluar ini adalah di paras atas buku lali.

Jeggings
Jeggings merupakan denim version of leggings.

Skinny Jeans
Koleksi jeans yang paling digemari oleh ramai wanita pula adalah koleksi skinny jeans yang berpotongan mengikut bentuk kaki.


Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

No comments:

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily