Monday, May 23, 2016

Tips to Wear Leggings for Girls


Ramai yang tidak mengetahui bahawa leggings bukanlah satu jenis seluar dan ini bermaksud ia tidak boleh dipakai sesuka hati seperti koleksi seluar yang lain. Ia lebih sesuai dipakai sebagai inner dan juga selesa dipakai sebagai pakaian harian di rumah. Namun, jika anda bijak bergaya dan ingin kekal selesa di luar rumah dengan pemakaian koleksi leggings ini, berikut merupakan beberapa tips on how to wear leggings for girls yang boleh anda jadikan sebagai panduan berfesyen;
  1. Warna

Untuk penampilan yang lebih selamat dengan pemakaian leggings, anda boleh memilih untuk menggayakan koleksi leggings berwarna gelap seperti hitam atau biru tua seperti berikut. Koleksi leggings yang berwarna seperti ini juga mudah untuk anda padankan dengan koleksi pakaian anda yang lain.

  1. Saiz

Pastikan anda memakai leggings dengan saiz yang bersesuaian kerana saiz leggings yang terlalu besar atau terlalu kecil boleh menyebabkan anda berasa kurang selesa.

  1. Baju labuh

Seperti yang dibincangkan awal tadi, pemakaian leggings adalah tidak berpadanan dengan koleksi baju yang singkat seperti baju-t dan sebagainya. Untuk penampilan yang lebih sopan, gayakan leggings tersebut dengan koleksi baju yang labuh dan menutupi bahagian pinggul anda.

  1. Kasut

Leggings kurang sesuai dipakai bersama koleksi heels sebaliknya anda boleh bergaya bersama pemakaian pumps, sandals, dan flats shoes.

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

No comments:

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily