Tuesday, July 31, 2012

AS THE TIME GOES….


AS THE TIME GOES….

We are also changes. Our behavior, dressing, talk and anything will change. But, some of the changes are good and some are bad. The result is depends on ourselves. In order to be a good person, first we need to think first before we do something or making any decision. Try to think the consequences that might be happen due to your action. Maybe you, yourself think that whatever thing you do is good but sometime it’s not good for the others. So, think of the others too and don’t be selfish. Do you know what the meaning of selfish is? Its not mean that you are selling fish but….the actual meaning is …….

Selfish: thinking only about your own needs or wishes and not about other people’s.

Now, you know the meaning right?? Clap for yourself. Haha! Never be selfish ok. Then, we proceed to the second step to be a good person. Try to do your best in whatever you do. In order to do your best, you need to put much effort. Do not hear of what other people say negatively about you but you need to think positively. People always like to judge the book by its cover. Maybe the cover of the book is not interesting but, the more important is its content. In conclusion, always do your best and put up effort so that whatever the result is, you will not regret because you know that you have done your best.
What is the third step? Ahaaa…Be patient. The third step is put in ourselves good attitudes. Do you know what attitude means is?

Attitude: the way that you think, feel or behave.

Wow, you are so clever! Clap once again for yourself. So, please give me one example of good attitude. Who want to answer, please raise your hand…ME!!ME!! I want to answer… Urmmm, I think respect the other people… Am I right?? Yes, you are right. That was a good example. So, we need to respect others especially our parents. Be a good child for your mom and dad. Then, they will be proud with you. Having a good child is the most wanted by all parents. Good not means only be good in education but be good in many aspect such as behavior.
That’s all…thanks……


 ~Lily~

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Thursday, July 26, 2012

TANDA-TANDA HATI KOTOR



~gelisah walaupun tiada masalah
~selalu berbangga dengan diri sendiri
~angkuh
~suka mengumpat & membuka aib orang lain
~suka menyakiti hati orang lain
~menyampaikan ilmu dengan riak
~cinta kepada duniawi
~suka mencari kesalahan orang lain
~derhaka kepada kedua ibubapa
~solat yang tidak boleh kusyuk
~mudah berprasangka buruk terhadap orang lain
~membesar-besarkan perkara yang kecil
~suka menabur fitnah
~dengki terhadap orang lain





Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Friday, July 13, 2012

SABAN WAKTU





Saban waktu....
kita terlalu leka..
alpa..
dengan kemanisan dunia..
sedangkan akhirat dipinggirkan...

kita terlalu..
mengagung-agungkan kemewahan...
membiarkan hawa nafsu menguasai diri..
di mana letaknya iman??
di mana letaknya akhlak???

Wahai pemuda pemudi Islam.....
bangkitlah kalian..
berjuanglah menegakkan Islam..
perangi hawa nafsu..
teguhkan iman di dada..
moga kita kan menjadi insan yang berjaya..
di dunia dan juga
di akhirat sana.

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

KEJADIAN YANG TAK DIDUGA



                Pada suatu petang yang nyaman, aku menunggang motosikal untuk ke kedai Pak Munawer untuk membeli barang yang dipesan oleh emak  dan seterusnya ingin ke rumah kawan lamaku di kampung tersebut. Aku merempit dengan DASAT sekali. Aku terasa seperti ingin terbang diawang-awangan.Tiba-tiba, aku ternampak seekor cicak melintas jalan. Aku terkejut beruk lantas terus membrek seperti  melakukan brek kecemasan seperti sewaktu mengambil ujian untuk mendapatkan  lesen motor. Tetapi ,malangnya ku terlenyek ekornya. Ekornya terlekat di tayar motorku ( eh,motor mak aku la..hehehe) *perasan tol aku ni .. 
                Cicak itu dengan segera melarikan diri ke dalam kebun getah yang berhampiran untuk menyelamatkan diri. Setelah agak lama aku terkaku di situ, baru aku tersedar semula apabila seekor semut hitam menggigit kakiku. Kejadian itu sangat dasyat sekali dan mungkin tak akan aku lupakan hingga ke akhir hayat.
                Selepas itu, aku pun meneruskan perjalananku yang tertangguh disebabkan seekor cicak. Tidak lama kemudian, aku pun sampai di kedai tersebut. Aku membeli sebotol kicap, sebungkus gula,sebotol minyak rambut dan perencah tomyam. ketika ku ingin membayar harga barangan tersebut di kaunter bayaran,tiba-tiba tanpa diduga angin yang datang entah dari mana terus meniup wangku lalu ia melayang-melayang di udara yang kemudiannya tersangkut di atas sebatang pokok rambutan yang berada di hadapan kedai tersebut. Aku hanya membawa wang  RM10 sekeping itu sahaja.  Aku mula menggelabah kerana tiada lagi wang untuk membayar harga barangan tersebut.  Tauke kedai merenung tajam kepada dengan matanya yang merah menyala seperti buntut beruk. Aku mengambil keputusan untuk mendapatkan semula wang di atas pokok tersebut walau dengan apa cara sekalipun. Dengan menggunakan sebatang galah, aku menjolok wang tersebut. Jika ada orang yang memandang, aku berpura-pura seolah-olah sedang menjolok buah rambutan. Akhirnya , wang tersebut  jatuh jua ke tanah. Aku dengan segera membayar harga barang-barang tersebut.
                Setelah membayar, aku berjalan menuju kea rah motor mu, eh motor ku la…kih3!! Oh. baru ku perasan masa sudah banyak terbuang di situ. Aku terus menghidupkan enjin motosikal lalu erempit dengan gaya SUPERMAN yang sedang terbang .  Tidak sampai 5 minit, aku pun sampai di rumah kawanku, Peah. Ketika aku sampai, tidak kelihatan langsung batang hidungnya di luar rumah. Selalunya, jika aku ingin datang, awal-awal lagi dia sudah terpacak menungguku di luar rumahnya. Setelah agak lama bertenggek di atas motor menantikan kehadirannya yang tidak kunjung tiba, akhirnya aku pun menuju ke pintu rumahnya lalu memberi salam. Salamku berjawab. Dia pun mempelawa aku masuk tetapi aku lebih selesa berada di luar sahaja. Tambahan pula, tunangnya ada juga ketika itu. Bimbang pula dikatakan penyibuk. Semasa kami sedang berborak, tiba-tiba tunangnya, Mok pun menyibuk. Mok sangat menyakitkan hati. Kegembiraanku berjumpa dengan kawanku lenyap begitu sahaja. Gayanya pun seolah-olah ingin menghalau aku agar segera pulang. Aku terasa telingaku panas seolah-olah ingin meletuskan lahar gunung berapi. Sebelum tanganku menumbuk mukanya, lebih baik aku segera beredar dari situ. Bimbang pula mukanya akan hancur dikerjakan aku.
                Setelah menyalam kawanku, aku pun terus beredar dari situ. Disebabkan marah yang teramat sangat, aku merempit dengan lebih DASAT lagi dalam perjalanan pulang. Tanpa disangka, aku terlanggar cicak tersebut sekali lagi sewaktu ia sedang melintas jalan. Waktu itu aku tidak sempat membrek kerana kelajuan motorku di tahap maksima.  Salah cicak itu juga kerana tidak melihat ke kiri kanan dahulu sebelum melintas jalan. Disebabkan kemalangan yang dasyat itu, cicak tersebut disahkan mati di tempat kejadian dalam keadaan ngeri sekali. Aku terus memecut motorku kerana bimbang ada orang ataupun binatang yang menyaksikan kejadian tersebut. Pasti nanti aku akan disaman oleh keluarga cicak.
                Tidak sampai 2 hari, aku sampai di rumah. Aku terus masuk ke bilikku lalu menghempaskan badanku ke atas tilamku yang empuk. Aku mengimbas semula kejadian yang berlaku. Baru aku sedar banyak kejadian yang tak diingini berlaku pada hari itu. Sejak hari itu, aku serik untuk menunggang motosikal kerana bimbang spesies cicak akan pupus. Aku lebih rela menunggang basikal untuk ke mana sahaja.  Aku juga mula fobia dengan cicak..
                                                   
                                                                         -TAMAT-


Moral of the story:
Tungganglah motor dengan berhemah.
Pandu cermat, cicak selamat.

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Thursday, July 12, 2012

i LOVE flowers!!!

Red Rose


Red rose


Purple Rose
Purple rose

White Rose
White rose



Tulip


Lily

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Friday, July 6, 2012

Cerpen: Tekad Seorang Anak


           Cuaca petang itu sungguh damai sekali.Kedengaran suara beburung berkicauan. Sekali  sekala terasa angin sepoi-sepoi bahasa menyapa kulit wajahku. Pohon-pohon kelihatan meliuk-liuk ditiup angin menghasilkan gemersik bunyi dedaunan bergeseran sesama sendiri seolah-olah gembira dengan kehadiran sang angin itu. Hatiku yang berkecamuk sebentar tadi kembali tenang. Angin petang itu laksana alunan merdu  yang membelai-belai jiwaku. Kekusutan pun segera hilang dari mindaku.
           Ku lihat dada langit. Kelihatan sinaran merah menunjukkan  sang mentari mula terbenam. Tahulah aku yang hari sudah lewat petang. Sebentar sahaja lagi azan maghrib akan berkumandang dari surau  berhampiran. Aku pun segera melangkah pulang ke rumah. Bimbang jika terlewat sampai ibu akan marah. Kata ibu waktu  senja tidak elok berada di luar kerana waktu itu banyak syaitan berkeliaran.
           Sesampainya di rumah, azan pun berkumandang. Aku segera ke bilik air yang terletak di luar rumah untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk. Selepas menunaikan solat aku membaca Al-Quran. Kelihatan ibu telah mula sibuk di dapur membuat kuih dan nasi lemak untuk jualan hari esok. Ku lihat adik telah lena di dalam buaian. Wajahnya yang comel dengan pipi yang mulus itu membuatkan aku geram hendak mencubitnya.
           “Eh, daripada aku duduk saja-saja ni baik aku tolong ibu kat dapur”,bisik hati kecilku.
          Setelah selesai semua kerja dan makan, ibu menyuruh aku tidur. Esok sudah hari isnin. Jadi,aku harus bangun awal untuk pergi ke sekolah. Malam yang sepi itu pun berlalu....


----------------------------------------------------------------------------------------------------
          Di pagi yang permai itu ,perlahan-lahan aku mengorak langkah ke sekolah yang terletak agak jauh dari rumahku. Langkah ku atur  dengan berhati-hati di jalan bertanah merah yang penuh dengan batu-batu kerikil tajam itu. Bimbang jika tersilap langkah ,kaki tersadung dek batu itu. “Mahu cium tanah aku nanti”,getusku di dalam hati. Seawal pukul 6 pagi aku sudah mula mengorak langkah ke sekolah. Begitulah rutinku setiap hari melainkan pada hari cuti. Tetapi jika ada tuisyen , terpaksa jugalah aku merentasi jalan itu. Bukannya aku tidak mahu membeli basikal, tetapi oleh kerana kesempitan hidup terpaksalah aku lupakan keinginanku itu. Berbekalkan nasi lemak buatan ibu, aku berjalan dengan penuh semangat ke sekolah.
          Hidup kami amat daif sekali. Bersama dengan seorang ibu dan seorang adik kecil ,aku meneruskan hidup ini. Ayah? Ayah,aku amat merindui belaian kasihmu ayah..aku belum puas merasakan hangatnya tangan ayah membelai-belai rambutku..memujukku tika aku kesedihan..sungguh aku terlalu rindukan ayah. Ayah sudah tiada lagi di muka bumi ini. Ayah tinggalkan kami sekeluarga kira-kira 2 tahun yang lalu setelah lama menderita sakit jantung.
          Kini, ibulah segala-segalanya bagiku. Dialah ibu dan dialah jua ayahku. Hidup kami bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ibu menjaja kuih di sekitar kawasan kampung setiap pagi. Ibu juga membuat nasi lemak untuk kujual di sekolah. Dengan duit hasil jualan itulah ibu menyara hidup kami sekeluarga. Jika jualan ibu tidak laris, terpaksalah kami berlapar sepanjang hari itu. Ibu terlalu gigih bekerja. Tidak pernah sekalipun kedengaran keluhan dari mulut ibu. Itulah yang membuatkan aku begitu mengagumi ibu.
          Perlahan-lahan mataku tertancap pada pakaian sekolahku. Ia sudah menguning tetapi tidak tercalit sedikit kotoran pun padanya. Menurut ibu, walaupun kami miskin namun kebersihan haruslah dijaga. Jari jemariku mula menyentuh lengan bajuku. Jelas terasa kekasarannya kerana ia hanyalah kain kasa. Hanya itu sahaja yang mampu ibu beli kerana kami bukanlah dari keluarga yang berada. namun, aku tidak pernah berkecil hati kerana dilahirkan dalam keluarga yang serba daif ini malah aku bersyukur dan menerima seadanya. Kemiskinan ini jualah mengajar aku erti sebuah kegigihan. Kegigihan seorang ibu yang tidak pernah jemu menyara hidup kami sekeluarga.
          “Hei, Ita! jauh mengelamun nampak?” Sergah Aina, sahabat baikku. “ huh,kus semangat,” kataku sambil mengurut dada.  “ Apa yang kau fikirkan sampai nyaris nak langgar pintu panggar tadi?” Soalnya sambil mengekek ketawa.  “Hehe, tak ada pape la Ain. Tak perasan pulak aku dah sampai sekolah rupanya. Jomlah masuk ke kelas cepat. Loceng dah berbunyi tu”, kataku dengan muka selamba. Kami pun berjalan beriringan ke kelas.
          “Hisy, sambil berjalan pun sempat mengelamun lagi, nasib baik aku tak langgar pagar sekolah tadi. Kalau tak, malu la jawabnye”, getusku di dalam hati.
          Mulai hari ini, aku mesti bulatkan tekad untuk belajar bersungguh-sungguh. Akan ku gapai sebuah kejayaan sebagai sebuah hadiah buat ibu. “Ibu,Ita janji Ita akan belajar bersungguh-sungguh dan ubah nasib kita nanti, Ita tidak akan hampakan harapan ibu. Ita janji!” Itu tekadku.  Aku akan buktikan kepada semua orang bahawa anak kampung yang miskin ini juga boleh berjaya. “Ibu, doakan Ita ya”, kataku pada angin yang berlalu dengan harapan angin tersebut akan menyampaikannya kepada ibuku yang tercinta. 



Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

AIR MANI, MAZI & WADI

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian…
Pada kali ini, Lily akan menerangkan serba sedikit mengenai tajuk yang tertera di atas. Mungkin kebanyakannya sudah sedia maklum mengenai perkara tersebut tetapi dalam kita tidak sedar, masih ada segelintir insan yang langsung tidak tahu akan perkara itu dan kepentingan pengetahuan mengenai air-air tersebut terutamanya dalam menjalankan ibadat seperti solat, puasa dan sebagainya.
            Jadi, di sini Lily ingin berkongsi sedikit sebanyak info mengenai air mani, mazi dan wadi. Pertama sekali, jika kita ingin mempelajari sesuatu kita perlulah tahu mengenai maksudnya.
Pengertian:
Mani :- Air pancutan yang keluar selepas mencapai tahap klimaks. Ia berlaku kepada lelaki &   wanita.
Mazi:- Air yang berwarna keputihan , jernih dan berlendir. Ia keluar hasil permainan ( alat sulit atau sentuhan lelaki dan wanita) & ciuman. Ia tidak memancut & tidak menyebabkan keletihan.  Kadangkala keluar tanpa disedari . Dialami oleh lelaki mahupun wanita.
Wadi:- Air berwarna pekat, keruh, tidak berbau & keluar sejurus selepas kencing. Kebiasaannya berlaku juga ketika mengangkat sesuatu yang berat.

Mani mewajibkan mandi junub@ wajib untuk menyucikan diri. Tidak sah solat seseorang yang berhadas besar akibat keluar mani. Mani membatalkan wuduk. Manakala, mazi dan wadi tidak perlu mandi wajid tetapi membatalkan wuduk.  Sekadar perlu menyucikan kemaluan dan memperbaharui wuduk jika ingin menunaikan solat.


Firman Allah S.W.T:“orang yang berjunub tidak boleh menghampiri masjid kecuali sekadar melaluinya sehingga mereka mandi junub.” – Surah al-Nisa’: 43


Diharap info ini sedikit sebanyak dapat membantu kita semua dalam menjalankan amal ibadat dengan sempurna.



Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

AMALAN-AMALAN SUNAT SEPANJANG HAYAT



  Menunaikan sunat fardu secara berjemaah
       Membaca al-Quran
       Menghadiri majlis ilmu
      Berpuasa sunat
       Membaca wirid ataupun doa harian
       Bersedekah kepada fakir miskin
      Mengerjakan umrah sekiranya mampu terutamanya di bulan Ramadhan
       Memelihara anggota badan daripada perbuatan keji dan maksiat
       Sentiasa mengingati mati
       Amar maaruf & nahi mungkar.
       Ziarah-menziarahi



Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily