Friday, July 13, 2012

KEJADIAN YANG TAK DIDUGA



                Pada suatu petang yang nyaman, aku menunggang motosikal untuk ke kedai Pak Munawer untuk membeli barang yang dipesan oleh emak  dan seterusnya ingin ke rumah kawan lamaku di kampung tersebut. Aku merempit dengan DASAT sekali. Aku terasa seperti ingin terbang diawang-awangan.Tiba-tiba, aku ternampak seekor cicak melintas jalan. Aku terkejut beruk lantas terus membrek seperti  melakukan brek kecemasan seperti sewaktu mengambil ujian untuk mendapatkan  lesen motor. Tetapi ,malangnya ku terlenyek ekornya. Ekornya terlekat di tayar motorku ( eh,motor mak aku la..hehehe) *perasan tol aku ni .. 
                Cicak itu dengan segera melarikan diri ke dalam kebun getah yang berhampiran untuk menyelamatkan diri. Setelah agak lama aku terkaku di situ, baru aku tersedar semula apabila seekor semut hitam menggigit kakiku. Kejadian itu sangat dasyat sekali dan mungkin tak akan aku lupakan hingga ke akhir hayat.
                Selepas itu, aku pun meneruskan perjalananku yang tertangguh disebabkan seekor cicak. Tidak lama kemudian, aku pun sampai di kedai tersebut. Aku membeli sebotol kicap, sebungkus gula,sebotol minyak rambut dan perencah tomyam. ketika ku ingin membayar harga barangan tersebut di kaunter bayaran,tiba-tiba tanpa diduga angin yang datang entah dari mana terus meniup wangku lalu ia melayang-melayang di udara yang kemudiannya tersangkut di atas sebatang pokok rambutan yang berada di hadapan kedai tersebut. Aku hanya membawa wang  RM10 sekeping itu sahaja.  Aku mula menggelabah kerana tiada lagi wang untuk membayar harga barangan tersebut.  Tauke kedai merenung tajam kepada dengan matanya yang merah menyala seperti buntut beruk. Aku mengambil keputusan untuk mendapatkan semula wang di atas pokok tersebut walau dengan apa cara sekalipun. Dengan menggunakan sebatang galah, aku menjolok wang tersebut. Jika ada orang yang memandang, aku berpura-pura seolah-olah sedang menjolok buah rambutan. Akhirnya , wang tersebut  jatuh jua ke tanah. Aku dengan segera membayar harga barang-barang tersebut.
                Setelah membayar, aku berjalan menuju kea rah motor mu, eh motor ku la…kih3!! Oh. baru ku perasan masa sudah banyak terbuang di situ. Aku terus menghidupkan enjin motosikal lalu erempit dengan gaya SUPERMAN yang sedang terbang .  Tidak sampai 5 minit, aku pun sampai di rumah kawanku, Peah. Ketika aku sampai, tidak kelihatan langsung batang hidungnya di luar rumah. Selalunya, jika aku ingin datang, awal-awal lagi dia sudah terpacak menungguku di luar rumahnya. Setelah agak lama bertenggek di atas motor menantikan kehadirannya yang tidak kunjung tiba, akhirnya aku pun menuju ke pintu rumahnya lalu memberi salam. Salamku berjawab. Dia pun mempelawa aku masuk tetapi aku lebih selesa berada di luar sahaja. Tambahan pula, tunangnya ada juga ketika itu. Bimbang pula dikatakan penyibuk. Semasa kami sedang berborak, tiba-tiba tunangnya, Mok pun menyibuk. Mok sangat menyakitkan hati. Kegembiraanku berjumpa dengan kawanku lenyap begitu sahaja. Gayanya pun seolah-olah ingin menghalau aku agar segera pulang. Aku terasa telingaku panas seolah-olah ingin meletuskan lahar gunung berapi. Sebelum tanganku menumbuk mukanya, lebih baik aku segera beredar dari situ. Bimbang pula mukanya akan hancur dikerjakan aku.
                Setelah menyalam kawanku, aku pun terus beredar dari situ. Disebabkan marah yang teramat sangat, aku merempit dengan lebih DASAT lagi dalam perjalanan pulang. Tanpa disangka, aku terlanggar cicak tersebut sekali lagi sewaktu ia sedang melintas jalan. Waktu itu aku tidak sempat membrek kerana kelajuan motorku di tahap maksima.  Salah cicak itu juga kerana tidak melihat ke kiri kanan dahulu sebelum melintas jalan. Disebabkan kemalangan yang dasyat itu, cicak tersebut disahkan mati di tempat kejadian dalam keadaan ngeri sekali. Aku terus memecut motorku kerana bimbang ada orang ataupun binatang yang menyaksikan kejadian tersebut. Pasti nanti aku akan disaman oleh keluarga cicak.
                Tidak sampai 2 hari, aku sampai di rumah. Aku terus masuk ke bilikku lalu menghempaskan badanku ke atas tilamku yang empuk. Aku mengimbas semula kejadian yang berlaku. Baru aku sedar banyak kejadian yang tak diingini berlaku pada hari itu. Sejak hari itu, aku serik untuk menunggang motosikal kerana bimbang spesies cicak akan pupus. Aku lebih rela menunggang basikal untuk ke mana sahaja.  Aku juga mula fobia dengan cicak..
                                                   
                                                                         -TAMAT-


Moral of the story:
Tungganglah motor dengan berhemah.
Pandu cermat, cicak selamat.

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

1 comment:

Lily said...

cite ni t'hasil sbb aq mrh...xbtol..hehe

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily