Friday, July 6, 2012

AIR MANI, MAZI & WADI

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian…
Pada kali ini, Lily akan menerangkan serba sedikit mengenai tajuk yang tertera di atas. Mungkin kebanyakannya sudah sedia maklum mengenai perkara tersebut tetapi dalam kita tidak sedar, masih ada segelintir insan yang langsung tidak tahu akan perkara itu dan kepentingan pengetahuan mengenai air-air tersebut terutamanya dalam menjalankan ibadat seperti solat, puasa dan sebagainya.
            Jadi, di sini Lily ingin berkongsi sedikit sebanyak info mengenai air mani, mazi dan wadi. Pertama sekali, jika kita ingin mempelajari sesuatu kita perlulah tahu mengenai maksudnya.
Pengertian:
Mani :- Air pancutan yang keluar selepas mencapai tahap klimaks. Ia berlaku kepada lelaki &   wanita.
Mazi:- Air yang berwarna keputihan , jernih dan berlendir. Ia keluar hasil permainan ( alat sulit atau sentuhan lelaki dan wanita) & ciuman. Ia tidak memancut & tidak menyebabkan keletihan.  Kadangkala keluar tanpa disedari . Dialami oleh lelaki mahupun wanita.
Wadi:- Air berwarna pekat, keruh, tidak berbau & keluar sejurus selepas kencing. Kebiasaannya berlaku juga ketika mengangkat sesuatu yang berat.

Mani mewajibkan mandi junub@ wajib untuk menyucikan diri. Tidak sah solat seseorang yang berhadas besar akibat keluar mani. Mani membatalkan wuduk. Manakala, mazi dan wadi tidak perlu mandi wajid tetapi membatalkan wuduk.  Sekadar perlu menyucikan kemaluan dan memperbaharui wuduk jika ingin menunaikan solat.


Firman Allah S.W.T:“orang yang berjunub tidak boleh menghampiri masjid kecuali sekadar melaluinya sehingga mereka mandi junub.” – Surah al-Nisa’: 43


Diharap info ini sedikit sebanyak dapat membantu kita semua dalam menjalankan amal ibadat dengan sempurna.



Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

No comments:

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily