Friday, March 8, 2013

7 perkara JANGAN buat selepas makan!



1. Jangan merokok.
-Kajian daripada pakar menunjukkan, kesan menghisap sebatang rokok selepas makan bersamaan mereka yang menghisap 10 batang rokok, jadi kadar untuk mendapat penyakit lebih tinggi.

2. Jangan makan buah-buahan.
-Memakan buah-buahan sejurus selepas makan akan menyebabkan perut kembung. Untuk tips pemakan yang sihat, buah-buahan boleh diambi 1-2 jam selepas makan atau 1jam sebelum makan.

3. Jangan minum teh.
-Oleh kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi, ia akan menyebabkan kandungan protin dalam makanan yang kita makan keras dan sukar untuk dihadam.

4. Jangan melonggarkan tali pinggang.
-Melonggarkan tali pinggang selepas makan boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat.

5. Jangan mandi.
-Mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ini akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut kita.

6. Jangan banyak berjalan.
-Pada hakikatnya berjalan memang bagus untuk menyihatkan jantung, tapi pada masa yang sama ia tidak bagus untuk penghadaman makanan. Berjalan akan menyebabkan kesukaran bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang kita ambil.

7. Jangan terus tidur.
-Selain akan menyebabkan kenaikan berat badan! ia juga boleh mengundang gastrik di dalam usus kerana ketika tidur, Penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik.
Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

5 comments:

dina said...

Waah baru tahu... Thanks atas info ni... Berguna sangat :-)

Unknown said...

pernah dengar kalau mandi lepas makan, perut boleh jadi BOROI!!

Anis Farhana said...

Saya selalu jalan lepas makan. ahhh , terima kasih. info yang baik :)

Nory Zoulkefle said...

nory biasa lepas makan selalu baring depan tido..

haha nmpak benor pemalas nyer kan..hehe

Unknown said...

tang no 1 tu yg payah bebenor..hehe :)

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily