Assalamualaikum
Alkisah pada waktu tengahari haritu (tak ingat bape haribulan), adik aku yang no. 4
(k.ya) yang belajar kat kolej vokasional Gerik balik. Dia bawak balik macam-macam resepi yang dia ambil dari kawan dia. Adik aku ni memang jenis yang suka memasak. Suka reka-reka masakan.. Kalau dia yang masak memang sedap beb walaupun dia main hentam je. Almaklum la dia suka wat resepi sendiri. Makanan yang dia masak yang paling aku suka ialah murtabak telur. Memang sedap sangat-sangat. Tiap kali dia balik memang aku akan suruh dia buatkan. Bukan aku tak nak buat sendiri, tapi kalau aku yang buat mesti jadi tak sedap. Rasa pun lain. Aku mesti nak jugak yang adik aku masak... mengada betul kan. Tapi aku tak buli adik aku k.. Hik2!
Petang tu adik bongsu aku tengok la resepi tu. Kan kat resepi tu ada siap dengan gambar lagi.. memang terliur la dia. Yang adik bongsu ni memang suka makan. Makan je kerja dia. Pastu dia pun apalagi request la nak makan samosa sardin ni.
Demi adik yang tercinta, aku bersama dengan k. ya pun buat la kuih tu keesokan harinya. Tapi k.ya la yang masak. Memang power beb..Aku jadi tukang letak dalam kulit popia pastu lipat je. Kitorang makan masa minum petang. Memang si adik bongsu ni makan banyak betul. Dekat 10 ketul ditibainya. Ni la dia samosa sardin yang kitorang buat.
Resepi
Bahan-bahan:
Cili boh/ cili kisar
kulit popia
Daun ketumbar/ daun sup ( dihiris)
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
Ubi kentang (dipotong dadu)
Gula (secukup rasa)
Garam (secukup rasa)
Ikan sardin ( dihancurkan)
1 sudu rempah kurma
Cara membuat:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili boh/ cili kisar dan rempah kurma. Tumis sehingga garing dan masukkan sedikit air.
3. Seterusnya masukkan ubi kentang, daun ketumbar, dan sardin hancur. Gaul rata dan tambah garam serta gula secukup rasa. Biarkan hingga ubi kentang menjadi empuk. Asingkan.
4. Selepas itu bolehlah letak inti atas kulit popia dan dilipat menjadi bentuk segitiga (kalau tak pandai boleh search dekat google)
5. Sapukan hujung kulit popia dengan bancuhan tepung jagung atau putih telur untuk mengelakkan lipatan dari terbuka.
6. Panaskan minyak kemudian goreng sehingga berwarna keemasan.
Kemudian bolehlah dimakan semasa minum petang bersama keluarga tercinta.
Selamat mencuba!