Saturday, September 26, 2015

Pengalaman Shopping Di Zalora


Assalamualaikum


Macam mana Lily boleh terjebak dengan online shopping ni? Lily bukanlah seorang kaki shopping malah agak penjimat orangnya. Jenis yang kalau nak beli sesuatu barang tu, pikir 10 kali dulu. Kalau tak penting memang Lily takkan beli walaupun hakikatnya nafsu ni kuat sangat menghasut suruh beli. Haha.. Memang kena tahan. Biasanya pun kalau keluar mana-mana, Lily cuma akan beli barang yang memang Lily perlu sangat-sangat time tu. Oh, banyak pulak Lily melalut ni. Asalnya nak cerita macam mana Lily boleh ter'online shopping ni. 

Ceritanya camni, Lily ada dapat offer dari Zalora by email untuk collaborate dengan diorang dengan menulis 1 entry mengenai barang Zalora and sebagai tanda penghargaan diorang akan bagi voucher cash sebanyak RM100. RM100 tu!! Gila tak nak... mesti la Lily berminat nak collaborate dengan diorang kan. So Lily pun dah buat la entry tu. Boleh tengok kat SINI ..Seperti yang dijanjikan, 4 or 5 hari pastu Lily dapat la voucher tu and dah siap shopping dah pun. Rambang mata wehhh!! Semua cantik-cantik. Berjam-jam aku duduk depan lappy memilih barang-barang yang boleh dibeli dengan RM100 tu. Tapi tak semua barang boleh beli.. Voucher ni tak boleh guna untuk non-sale, discount item and marketplace item. Malam tu baru la aku dapat order. Lily expect barang Lily mesti sampai minggu depan punya sebab minggu ni raya kan. 

Tup-tup masa hari raya aidiladha yang pertama, Lily dapat call. Adik Lily yang angkat. Rupanya call dari uncle courier. Katanya dia dah on the way nak hantar barang and dah dekat pulak tu. Wah, gila excited. Haha! Cepat giler sampai. Bayangkan Lily order malam hari isnin tu, barang sampai hari khamis. Cepat betul kan.. Pertama kali order barang online la katakan. Mesti la excited semacam. Kah3! Lepas beberapa minit kemudian uncle courier tu pun sampai. Lepas sign apa yang patut, Lily pun bawak la parcel tu masuk rumah. Tak menyempat-nyempat depan pintu jugak la bukak. Nak tengok apa yang Lily beli dari Zalora tak??



Jeng3x!!!




Total harga barang yang Lily beli ni RM98. Penghantaran free... sebab Lily beli lebih dari RM75. Korang yang suka online shopping boleh melawat ke laman web Zalora .. Mesti korang rambang mata nanti. Semua cantik-cantik. Banyak discount pulak tu. Yang harga beratus-ratus jadi berapa puluh je. Murahhhh!!! Cepat-cepat pergi shopping kat Zalora. Service tip-top punya. 

Terima kasih Zalora sebab dah bagi peluang kat Lily untuk merasa online shopping ni. Mohon lepas ni offer Lily untuk collaborate lagi. hehe... 

Selamat bershopping semua!!



Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

No comments:

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily