Wednesday, September 16, 2015

Hasil Tangkapan Abah


::Assalamualaikum::

Sekarang ni kan musim ikan bertelur, berderet-deret la orang datang menjala, menyauk ikan kat sungai sekarang ni. Abah Lily jugak tak ketinggalan. Ikan sungai memang dah jadi kegemaran kami sekeluarga sejak dulu lagi. Tambah-tambah kalau digoreng garing-garing. Fuh, sedap..Lily suka ikan sungai yang kecik-kecik tu digoreng garing-garing. Sedap meratah je la. Haha.. 

Hari ni abah Lily pergi sungai lagi. Biasanya kalau lepas hujan mesti abah Lily akan ke sungai la, menjala ikan.. Alhamdulillah, petang tadi dapat 3 ekor ikan tengalan. Besar-besar...Korang kenal macam mana rupa ikan tengalan tu? Lily ni sebenarnya takde la kenal sangat nama-nama ikan ni. Bagi Lily semua ikan sama je. haha.. Malas nak ambil tahu nama apa. Tapi kena la tahu jugak kan. Mana tahu kot ada sape-sape tanya ke, nak beli ikan kat pasar ke.. Kalau tak tahu susah pulak nanti.. 

Hurmm.. tadi masa abah bawak balik ikan.. Lily tanya la mak..

Lily  : Mak, ikan apa ni?
Mak : Ikan tengalan..
Lily  : Oo...ni ikan kateh kan?? Sebab kepala dia besar..(tunjuk ikan yang lagi 1)
Mak : Sama jela tengalan dengan kateh tu. Ikan kecik panggih kateh, besar panggil tengalan..
Lily : Aik, nama pun boleh tukar ekkk... =,='

Ahahah..padahal semua tu ikan tengalan. Nampak tak betapa Lily tak kenal nama ikan. Rupa bentuk apatah lagi. Tahu makan je. Ish3!!! Huhu..Ni la dia ikan yang abah Lily dapat tadi. 




Buat masak 'darat' sedap ni.. Masak darat atau nama lainnya masak lemak cili padi. Lily pun tak tahu dari mana datangnya nama masak darat ni. Family Lily memang panggil masak darat. Kalau mak masak, fuhh makan memang bertambah-tambah la. Sedap hingga menjilat pinggan.. Yang bezanya mak tak guna kunyit dalam masakan ni. So, kuah dia warna putih. Memang best sangattt.. Lagipun Lily memang kurang suka dengan masak lemak yang letak kunyit. Korang try la buat. Hadoii.. tengah menaip ni pun dah rasa terliur tau sebut-sebut pasal masak darat ni..Slurrppp..Meleleh air liur. Huhu. Esok nak buat la.. 

Ok la, Lily ada kerja sikit nak dibuat. Nanti Lily update lagi ye.. 
Bye2!!





Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

1 comment:

Chot said...

kecur liur wei... ikan baru naik pulak tu.. manis isinya...

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily