Thursday, September 17, 2015

TREND BAJU ONLINE TERBARU ZALORA


::Assalamualaikum::

Hai bloggers!! Korang suka online shopping?? Kita boleh lihat sekarang banyak barang-barang seperti pakaian, kasut, barangan mekap dan sebagainya dijual secara online. Tidak dinafikan online shopping atau membeli-belah secara online merupakan cara pembelian yang paling mudah pada masa kini dan semakin diterima ramai khususnya masyarakat di kota. Dengan adanya online shopping, masyarakat kota di zaman moden ini khususnya yang sibuk bekerja hingga tiada masa terluang untuk keluar membeli belah boleh mendapatkan barangan keperluan mereka dengan mudah dan cepat.

Lily suka sangat online shopping tau u'olls.. Senang dan sangat cepat and tak payah nak susah-susah keluar bandar untuk ke shopping mall. Lagipun senang shopping secara online ni. Just tengok yang mana korang berkenan and then terus klik je untuk order. Senang nak shopping zaman sekarang ni.

Berbanding dengan waktu dahulu, online shopping agak sukar diterima oleh rakyat Malaysia ekoran beberapa isu penipuan seperti barangan tidak sampai kepada penerima, pembeli tidak membuat pembayaran dengan betul dan sebagainya. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, transaksi online semakin digemari atas beberapa sebab seperti:

1. Kaedah pembayaran yang selamat (secure payment)
2. Pantas (barangan akan terus dihantar ke rumah pembeli)
3. Proses pembelian yang mudah dan ‘user-friendly’

Oleh itu, jika bercakap mengenai pembelian baju secara online, ZALORA merupakan salah satu portal online yang paling digemari bukan sahaja di Malaysia, malah negara-negara jiran yang lain seperti Indonesia, Singapura, Vietnam, Filipina, Thailand, Taiwan dan Hong Kong. So girls, let’s check out apakah trend baju online terbaru yang boleh anda temui di laman web ZALORA. Ada macam-macam trend terbaru yang sangat awesome tau u'olls. Antaranya ialah:




1. Jump suit 

Trend yang pernah popular pada suatu ketika dahulu ini kini kembali menjadi sebutan ramai fashionista lebih-lebih lagi mereka yang sentiasa mengikuti trend fesyen terkini. Bukan sahaja boleh digayakan oleh mereka yang tidak berhijab, dengan rekaan yang lebih sopan kini ia juga turut boleh digayakan oleh wanita berhijab. Wah, nampak bergaya bukan! Bagi yang ingin sentiasa up-to-date dengan fesyen semasa boleh mencuba jump suit ini..


....................................................................



2. Wrap Dress

Trend baju online yang seterusnya adalah jenis wrap dress dimana ia direka seakan-akan trench coat dan digemari kerana potongan ini memberikan potongan yang lebih kurus bagi si pemakai. Bagi yang ingin tampak lebih kurus dan langsing boleh lah mencuba fesyen ini. Tentu anda akan kelihatan lebih anggun dan bergaya diserikan lagi dengan kasut bertumit tinggi.


..............................................................................




3. Cape blouse

Dan trend yang juga menjadi pilihan ramai wanita moden masa kini adalah cape blouse yang berpotongan lebar di bahagian lengan blouse. Ia memberikan penampilan yang cukup elegan dan classy kepada sesiapa sahaja yang menggayakannya. Anda ingin tampil dengan elegan? Bolehlah mencuba blouse ini. Pasti memikat setiap mata yang memandang. 


.........................................................................


Semuanya cantik-cantik kan. Tunggu apa lagi, marilah berkunjung ke online shop Zalora. Terdapat lebih banyak pilihan menarik yang pasti akan membuatkan anda mahu membeli belah di Zalora. Harga adalah berpatutan bersesuaian dengan kualiti kainnya. 
Anda boleh klik link yang tertera di atas. 

Selamat bershopping!!





Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

1 comment:

Athikah said...

Teringin nak cuba online shopping jugak tapi kena tunggu ada pendapatan sendirilah..hehehe.. ;)

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily