Saturday, May 21, 2016

Resepi: Semperit Gebu

Assalamualaikum

Hai !!! Hari ni Lily nak share resepi semperit. Bulan Ramadhan dah nak tiba ni.. mesti uolls nak buat kueh untuk menyambut raya aidilfitri nanti kan. Jadi, lily nak share awal2 la resepi ni supaya uolls tak la tercari-cari nanti. Buat ikut resepi ni confirm jadi. Gebu je. Tapi pastikan ikut step by step ok. Nah!
Bahan-bahan:
200gram butter/ marjerin
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard
3/4 cawan gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu esen vanila
Pewarna kuning telur
ceri

Cara membuat:

1. Pukul butter/marjerin bersama dengan gula halus hingga kembang.


2. Kemudian masukkan kuning telur, pewarna kuning dan esen vanila. Pukul hingga sebati.


3. Masukan kesemua tepung sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati dengan menggunakan 3 jari.


4. Bentukkan dengan acuan semperit dan letakkan ceri.



5. Bakar.


Hasilnya....Tadaaaaa!!!!!! Sedia untuk dimakan.....





SELAMAT MENCUBA!!!

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

1 comment:

fifie feyca said...

wah.. da stat try bwt bwt kuih raya laa.. sedap nya semperit.. fie nak sikit boley... hihihi

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily