Wednesday, August 29, 2012

Apa Khabar Hati? Apa Khabar Iman?


Assalamualaikum



Apa khabar hati? Apa khabar iman? Sudahkah disajikan dengan santapan  amal? Sesungguhnya makanan bagi hati adalah amal yang baik.. Membaca Al-Quran, Solat 5 waktu & sunat, berzikir dan sebagainya. Tanpa amal ibadah, hati akan menjadi gelap, hitam dan lemah tidak berdaya.Setitik hitam itu lama kelamaan akan mengotorkan hati kita jika tidak dibersihkan. Bersihkanlah hati kita dengan melakukan amal ibadah kepada Allah, menghindari diri daripada perbuatan mungkar serta bertaubat dengan taubat nasuha atas semua perbuatan maksiat dan keji yang telah kita lakukan.

Hati yang kotor itu penyumbang kepada pelbagai kerosakan.. Rosak akidah, akhlak.. Lihatlah pada zaman yang serba moden ini, ramai yang memiliki harta yang bertimbun-timbun namun tidak digunakan ke jalan kebaikan. Punya wang yang banyak namun tidak mampu untuk membeli pakaian yang menutup aurat. Mahal sangatkah?? Malah, ada juga sebahagian insan yang terlalu sayangkan hartanya dan bimbang hartanya akan berkurangan apabila bersedekah. Ingatlah, bersedekah itu sebagai bekalan kita untuk menempuh hari akhirat nanti.

Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti  1 biji yang menumbuhkan 7 tangkai, pada setiap tangkai ada 100 biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui.
(Surah Al-Baqarah: 261)

Ayuhlah wahai sahabatku, kita muhasabah diri.. Semoga kita beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amin..

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

No comments:

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily