Saturday, August 4, 2012

Cerpen (2) : Kasih Yang Hilang

Nun jauh di bawah sebatang pokok yang rendang, kelihatan seorang gadis berbaju putih sedang duduk di sebuah kerusi panjang yang sememangnya tersedia di situ. Dia seperti sedang menantikan sesuatu. Di tengah malam yang sunyi ini, tiada siapa pun yang sedar akan kehadirannya, mungkin hanya beburung atau serangga yang masih berkeliaran . Namun, yang pasti gadis itu adalah pengunjung setia taman itu.

          Nama gadis tersebut adalah Marissa Alya atau lebih mesra dipanggil Alya. Alya berumur 28 tahun. Dia merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Ibunya, Datin Marina manakala ayahnya pula Datuk Mukhriz. Alya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat berada. Ayahnya mempunyai sebuah syarikat induk yang sangat gah di ibu kota dan mempunyai cawangan di setiap negeri . Walaupun Alya dilahirkan sebagai anak orang kaya namun dia tidak pernah sombong dan kedekut.Alya juga sudah bekerja. Dia bekerja di syarikat ayahnya. Itupun kerana kemahuan ayahnya. Jadi, dia terpaksa juga mengikut kemahuan ayahnya kerana hanya dia sahajalah satu-satunya anak mereka. Dia tidak mahu membuatkan ayahnya kecewa dan bersedih. Walaupun sudah berumur 28 tahun, Alya masih bersendiri. Bukan tidak ada yang mahu berkawan dengannya namun katanya dia masih belum bersedia untuk bercinta. Ada juga kenalan ayahnya yang merisiknya untuk dijadikan pasangan hidup anak mereka tetapi dia sering menolak. Dia merasakan bahawa mereka hanya inginkan harta ataupun hanya tertarik pada kecantikan luarannya, bukan kerana keikhlasan hati mereka.

          Alya sememangnya seorang gadis yang sangat cantik, berkulit putih gebu dan sering menjadi perhatian ramai anak muda. Ayahnya sering mendesak agar dia segera berkahwin kerana umurnya sudah senakin meningkat. Malah, dia juga tidak mahu anaknya menjadi andartu atau lebih ditil lagi, Anak Dara Tua. Siapa yang mahu anak mereka mendapat title sedemikian. Tambahan pula, ayahnya adalah pemilik sebuah syarikat yang terkemuka di ibu kota. Itu sudah pasti akan memalukan dirinya. Apatah lagi anaknya menolak semua pinangan kenalannya. Datuk Mukhriz sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya, Alya. Dia mahu Alya berkahwin dengan orang kaya supaya hidupnya akan senang nanti. 

                              --------------------------------------------------------------------------

          Setelah sekian lama menyendiri, akhirnya Alya terpikat dengan seorang anak muda. Namanya Daniel Irman atau lebih mesra dipanggil Daniel. Daniel bukanlah seorang jejaka yang tampan dan dia juga bukanlah orang kaya. Dia seorang yang sederhana dan mempunyai budi pekerti yang baik. Disebabkan itulah, Alya terpikat kepada Daniel. Alya sangat mencintai Daniel dan begitu juga Daniel sangat mencintai Alya. Mereka sering berjumpa di sebuah taman yang sangat cantik. Mereka merupakan pasangan yang sangat bahagia sekali. Pada mulanya, hubungan mereka tidak diketahui oleh keluarga Alya namun akhirnya Datuk Mukhriz mendapat tahu juga. datuk Mukhriz menghalang keras perhubungan mereka kerana padanya Daniel tidak mampu membahagiakan Alya dan sebabnya hanyalah satu, kerana Daniel tidak kaya sepertinya. Sebaliknya pula pada keluarga Daniel, ibu bapa Daniel sangat merestui perhubungan mereka. 

          Suatu hari, Daniel telah dating ke rumah Alya untuk berjumpa ayahnya bagi menyatakan keiginannya untuk menjadikan Alya sebagai pasangan hidupnya namun Datuk Mukhriz menolak. Bukan itu sahaja, Datuk turut melarang Alya daripada bertemu dengan Daniel lagi. Alya berasa sangat sedih sekali. Alya menangis teresak-esak di dalam biliknya. Dia langsung tidak mahu makan dan minum. Masanya banyak dihabiskan untuk menangis sahaja. Dia sangat mencintai Daniel dan tidak sanggup berpisah dengannya. Ayahnya telah mengambil keputusan untuk menjodohkan dia dengan anak kenalannya. Alya dipaksa. 
          
           Pada malam tersebut, dengan deraian air mata Alya memandu ke taman tersebut untuk menenangkan hatinya. Baginya, hanya taman itu tempat yang sangat tenang baginya. di situlah tempat di mana dia dan Daniel sering berjumpa. Mungkinkah juga Daniel juga berada di situ ketika itu. Ingin merawat hati yang lara sepertinya. Dia ingin segera sampai ke sana. Dia memandu dalam keadaan yang tidak stabil. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Tiba-tiba, suatu dentuman yang kuat kedengaran. Saat itu, darah laju mengalir di kepala Alya. Alia kemalangan. sebuah kenderaan yang muncul entah dari mana telah melaggarnya dari arah bertentangan. Pemandunya memandu kereta dalam keadaan mabuk. Pemandu tersebut disahkan mati di tempat kejadian manakala Alya dikejarkan ke hospital . Keadaan Alya sangat kritikal. Dia kehilangan banyak darah dan mempunyai kecederaan yang parah pada organ dalamannya. 

          Setelah 2 hari bertarung nyawa, Alya akhirnya meninggalkan dunia ini. datuk Mukhriz sangat menyesal di atas sikapnya terhadap Alya tempoh hari. Namun, sesal pun tiada gunanya lagi. Alya sudah pun meninggalkan dia dan isterinya . Daniel juga turut menangisi kematian Alya. Semenjak hari itu, dikatakan pada setiap malam akan muncul seorang gadis yang akan duduk di sebuah kerusi panjang di taman itu. Dia seperti sedang menunggu kedatangan kekasihnya.


 -Tamat- 


 ~Lily~

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

No comments:

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily