*** 10 ciri-ciri orang yang tidak Allah perkenankan doanya. ***
Berdasarkan riwayat Syaqiq Al-Bakry berkata :
Adalah Ibrahim bin Adlam r.a berjalan di Pasar Basrah, maka dia dikerumuni oleh orang ramai dan mereka semua bertanya kepadanya : " Hai Abu Ishaq, Allah Taala telah berfirman di dalam kitab suci Al-Quran yang bermaksud : " Mintalah kamu sekelian kepadaKu, nescaya Aku akan kabulkan/perkena
nkan." Dan kami sekelian telah berdoa / minta sejak satu tahun, tetapi masih belum di makbulkan / diberi oleh Allah."
Berkata Ibrahim bin Adlam/Abu Ishaq : " Hai ahli Basrah, hati kamu sekelian telah mati / tertutup oleh 10 perkara. Bagaimana doa kamu boleh diterima oleh Allah ?
10 perkara tersebut iaitu :
1. Kamu sekelian telah mengetahui adanya Allah Taala, tetapi kamu belum tunaikan hak-hakNya.
2. Kamu sekelian telah membaca Al-Quran, tetapi kamu belum melaksanakan isinya.
3. Kamu telah mengakui syaitan sebagai musuh, akan tetapi kamu masih mentaatinya dan menyetujui ajakannya.
4. Kamu sekelian, mengatakan bahawa kamu termasuk ummat Nabi Muhammad saw, tetapi kamu tidak mengerjakan sunnah-sunnahnya.
5. Kamu mendakwakan diri akan masuk syurga, akan tetapi kamu tidak mengerjakan apa-apa untuk kepentingan syurga.
6. Kamu mendakwa diri selamat dari neraka, tetapi yang nyatanya kamu melemparkan diri ke dalamnya.
7. Kamu telah mengatakan bahawa mati itu perkara yang benar/pasti, tetapi kamu tidak bersiap-siap untuk mati itu.
8. Kamu sekelian sibuk meneliti aib atau cela teman-temanmu, akan tetapi kamu tidak melihat keaiban diri kamu sendiri.
9. Kamu sekelian telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu, tetapi kamu belum mahu bersyukur/berterima kasih kepadaNya.
10. Kamu sekelian telah menguburkan mayat-mayat saudara kamu, tetapi kamu tidak mengambil ikhtibar/ibarat contoh daripada mereka yang mati dahulu.
Demikianlah 10 ciri-ciri orang yang tidak Allah perkenankan doanya. Adakah kita seperti orang-orang Basrah tersebut yang ditutup hatinya oleh Allah dan tidak diterima doa setelah setahun memohon kepada Allah... Nauzubillah..

Sumber: Facebook
No comments:
Post a Comment