Friday, November 23, 2012

PERKARA-PERKARA SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURA


PERKARA-PERKARA SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURA (10 MUHARRAM). 


Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 


Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 


Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. 


Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah swt".

Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

Membaca Qulhuwallahuahad hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat

Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallahuahad 11 kali.

Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Sumber: Facebook

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

1 comment:

Niena Sofea said...

Assalamualaikum .. ^.^
Niena datang sini nak jemput join GA Niena .. Jom join ! Lebih 20 hadiah untuk dimenangi .. =)
http://nienasofea.blogspot.com/2012/11/giveaway-1st-anniversary-realiti-bukan.html

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily