Friday, November 13, 2015

RESEPI: Moist Chocolate Cake


Assalamualaikum/ Hai

Seperti yang lily janjikan dalam entry yang lepas pasal chocholate moist cake, harini lily akan kongsikan resepinya. maaf sebab lambat sangat update. Moh kite tengok resepi kek coklat moist. Senang je cara buatnya. Kalau ikut semua step ni, confirm menjadi elok je kek korang nanti.



Bahan-bahan: 
2 biji telur
1 1/2 cwn gula halus
1 cwn minyak masak
1 cwn susu pekat
1 3/4 cwn tepung gndum
1/2 sudu teh soda
1/2 sdu teh baking powder
1/2 sdu teh garam halus
1 cwn air didih
Serbuk koko 

Cara-cara membuat:  
Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang. Masukkan susu, minyak dan kacau. Kemudian masukkan serbuk koko, kacau hingga sebati. Masuk baking powder, soda, garam halus dan tepung, kacau.. Last sekali masukkan air didih. Bakar/kukus.
Lepas ni boleh la korang buat kek coklat sendiri. Tak payah beli dah kalau teringin nak makan. Senang je cara nak buat kek coklat ni. 

Semoga berjaya ye!




Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Thursday, November 12, 2015

SAPS Beri Kemudahan Kepada IbuBapa


Assalamualaikum/ Hai


Tahu tak apa tu SAPS? 

SAPS @ SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH adalah sistem yang didirikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di mana guru-guru akan key-in markah murid-murid ke dalam sistem ni secara online. SAPS ni memuatkan markah hanya untuk murid sekolah rendah ( darjah 1-6) dan sekolah menengah (tingkatan 1-5) sahaja. Ibu bapa boleh menyemak markah anak-anak dalam SAPS. Sangat mudah!

Kalau ingat balik zaman dulu mana ada sistem yang macam SAPS ni. Budak-budak selalu je kelentong mak ayah tambah-tambah kalau mak ayah diorang garang. Apa lagi, takut la diorang nak bagitahu result kat mak ayah kalau result teruk kan. Ada jela yang sorok la, buang la dan macam-macam lagi. Dengan adanya sistem ni, senang la mak ayah nak pantau perkembangan akademik anak-anak. 

Ada sesiapa lagi yang tak tahu cara nak ke laman SAPS? Mari lily tunjukkan caranya. Sangat mudah sebenarnya. 

1) Pergi ke url ini https://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php  (klik). Akan keluar macam kat bawah ni:

*klik gambar untuk besarkan

2) Klik tab warna hijau (SEMAKAN IBUBAPA) yang lily bulatkan warna merah tu.

3) Lepas tu nanti akan keluar yang ni:

4) Isi semua yang patut: No. IC, pilih sekolah rendah/ menengah dan tahun. Lepas tu tekan semak laporan. 

5) Ikut je semua arahan. Tak susah kan..



Tadi lily check result peperiksaan akhir tahun adik bongsu lily. Alhamdulillah semua lulus. Dapat nombor 3 dalam kelas dan juga dalam darjah. Tahniah adik! nanti usaha lebih lagi. Tahun depan adik lily UPSR pulak! Semoga adik lily dapat buat yang terbaik nanti. 

Setakat ni la dulu perkongsian lily. Moga bermanfaat dan dapat membantu korang. Bye2!


Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Tuesday, November 10, 2015

Giveaway Duit Saku & Bawal Aidijuma By Cik Tulip


Assalamualaikum/ Hai!


KLIK BANNER UNTUK JOIN


Tadi Lily jenjalan jap lepas tu terjumpa satu blog ni tengah buat satu GA. Pemilik blog Cik Tulip @ nama sebenar Shahirah Mohamad. Blog yang simple tapi menarik berkisarkan tentang life cik tulip sebagai seorang student and ni adalah merupakan giveaway pertama beliau. Wahh!! lily pun belum pernah buat GA lagi tau. Tak nak komen banyak sebab cik tulip pun cakap tak perlu panjang-panjang kan. Hehe.. Moh le join ramai-ramai. Klik banner kat atas tu ye!


Okay syarat-syaratnya mudah sangat-sangat.
  1. Korang mesti follow blog ciktulip
  2. Add to Circle G+ShahirahMohamad
  3. Buat entry bertajuk "Giveaway Duit Saku & Bawal Aidijuma By Cik Tulip", paste banner di atas di dalam ruangan entri (backlink sekali) dan komen pasal blog ciktulip (tak perlu panjang-panjang sangat asal sedap dibaca sudah he he he) 
  4. Tag 3 orang rakan blogger yang lain dan pastikan mereka join sekali segmen ini 
  5. Publish entry tersebut 
  6. Tinggalkan URL entry korang ke dalam ruangan/kotak komen post ini 
  7. Giveaway ini akan berlangsung dari 9 - 30 November 2015 dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 2 Disember 2015. 
  8. Hanya 3 orang pemenang bertuah akan memenangi giveaway ini dan pemilihan dibuat oleh ciktulip sendiri 
  9. Wish you all the best! 


Lily tag:


Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Monday, November 9, 2015

Moist Chocolate Cupcake


Assalamualaikum/ Hai


Siapa kat sini yang suka makan kek coklat sila angkat tangan? Ehhhh, acah-acah macam nampak pulak! Haha.. Mesti ramai yang suka makan kek coklat kan. Sekarang ni ramai yang suka makan kek cheese and coklat. Hurmm..Yummy! memang pebret lily dua-dua jenis kek ni. Bukan setakat dua jenis kek ni je, segala jenis kek lily tibai asalkan sedap dan yang penting halal. Hah, dengar tu! Makan tu makan jugak. Bahan nak buat tu pastikan halal tau. 

Nak cerita la ni haritu adik lily balik rumah. Dia ni memang hantu cupcake. Tambah-tambah yang versi comel-comel warna warni tu. Melting habis laa. Memang tak tahan. Lily pulak tak la minat sangat cupcake tapi makan jugak kalau sedap. Sebab kebanyakan cupcake yang lily makan (yang dibeli la) padat sangat and ada yang keras. Lebih sedap kalau yang jenis lembut and gebu je. Yang tu memang tak tolak la. Makan puas-puas. 

Apa guna kalau cantik tapi tak sedap kan. Macam tak bermakna je. Orang yang beli pun rasa tak puas hati. Mostly orang beli cupcake ni sebab nampak comel je pada mata diorang. Rasa belum tahu lagi. Kalau nak orang repeat order berkali-kali mesti la buat kek yang super WOW kan.. Tak gitu? Baru la puas hati. Hah, panjang pulak aku membebel. Heh! Ada aku kesah~~

Huhu..jangan marah k. Nanti kena jual. Sambung cerita tadi.. Kan adik lily ni suka sangat cupcake so mak awal-awal lagi dah belikan bekas cupcake tu. Pastu menari-nari la adik di dapur buat adunan kek tu. Memang super sedap la. Mabeles u'ollss! Sampai berketol-ketol cupcake i'olls tibai. Eh, betul ke bahasa aku ni.. Ah, pedulikan la. Ni bukan buat karangan bahasa melayu. Haha! Maafkan diatas kecelaruan bahasa ku. Eheheh..

Korang nak tengok tak cupcake tu? Please cakap nak..Penat tau lily snap gambar ni walaupun camera phone lily tak cantik. Penat la sangat kan. Apa yang penat ntah~~ Over je lily ni. huhu..




Cupcake yang adik lily buat ni memang superb laa wa cakap sama lu.. Tak nyesal tau kalau makan. Makan sampai licin. Adik buat versi bakar dan kukus. Dua-dua versi sedap. 



Sampai harini rasa macam nak makan lagi tapi malas nak buat. Haha.. Nak makan tapi malas nak buat. Ntah pape je lily ni. Ok la, dah puas hadap gambar cupcake. Cau dulu..


Eh cop coppp!! Lupa nak cakap. Korang mesti nak resepi kan.. kan.. kannnn....Huhu. 


Resepi akan diupdate di entry yang seterusnya. Nantikan ye..

Bye2!






Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Friday, November 6, 2015

Segmen Starlavenderluna 2nd GiftAway


Assalamualaikum


Klik Banner untuk JOIN!

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily