Thursday, October 1, 2015

JOB HUNTING!


Assalamualaikum



Yeah! Sekarang mulalah misi untuk mencari kerja setelah tamatnya pengajian di Universiti Malaya. Aduh, pening jugak kepala ni nak mencari kerja kan. Zaman sekarang bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan. Tambahan lagi, ramai para graduan bijak pandai dan ber'skill'sekarang ni menyebabkan saingan dalam pekerjaan semakin sengit. 

Yang penting kena usaha dulu. Cari sahaja lubang-lubang pekerjaan. Jangan memilih! Ye, isi je semua. Sekarang ramai graduan yang menganggur. Bukan sebab tiada peluang dalam pekerjaan tetapi kebanyakannya terlalu memilih. Kononnya inginkan pekerjaan yang memberikan gaji yang lumayan setanding dengan kelayakan akademik. 

Ingat semua, jangan terlalu memilih. Apa sahaja offer yang dapat, terima sahaja. Timba pengalaman dahulu kemudian setelah 2, 3 tahun bolehlah cuba apply di tempat yang lain pula. Mungkin lebih tinggi peluang untuk memperoleh tempat tersebut kerana telah mempunyai pengalaman bekerja sebelum ini. 

Apa-apa pun, minta doakan supaya aku senang untuk mendapat pekerjaan, semoga segala urusanku dipermudahkan. Yang penting, niat mesti kerana Allah SWT. Insyaa Allah akan dipermudahkan. Yakinlah dengan janjiNya. 

Usaha, doa dan tawakal!

Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

No comments:

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily