Lagi kes buang bayi. Manusia yang membuang bayi memang tak dapat dimaafkan. Apatah lagi kita manusia dikurniakan akal fikiran. Boleh fikir baik dan buruk sesuatu perkara. Tapi kes buang bayi kali ni berlaku di rumah lily sendiri. Mahu tak marah.. marah ni.. marahhhh!! Apesal buang bayi kat rumah lily hah? Dah takde tempat lain ke. Dah la baby warna pink merah2 lagi tu. Ayooo... bukan main gebu lagi. Rileks..Fuhhh. Kasi kipas sikit lily ni.. Hangat ni tahu tak..
Ni lily ada la snap gambar sikit. Mana tahu kot korang tahu sape mak kepada babies nih.. Babies?? OMG!!! Twin ke?? Hurmm..maybe la kot sebab ada dua lepas tu sama pulak rupa. Jantina tak dapat di kenal pasti lagi. Babies ni memang la comel betul, tapi takde la sampai lily nak buat jadi anak angkat pulak. Buat jahanam harta benda je nanti. Kecil-kecil baik la lagi.. Nanti bila dah mula berjalan, berlari habis satu rumah nak berhambat. Tak kuasa i!
Apesal mak dia buang babies yang comel lote ni hah?? Cuba baca tajuk kat atas betul-betul. Bukan sengaja buang okeyhh tapi TERbuang. Dia tak sengaja tu. Bersangka baiklah wahai manusia! Ada la tu sebab kenapa dia buat macam tu kan.
Korang mesti nak tengok gambar babies yang pink gebu ni kan. Yela, dari tadi lily dok mengarut je. Lambat betul nak tunjuk gambar.. Nah! Ni lily kasi belanja sikit. Ambil la kalau nak buat sup, penambah perencah masakan ke..
Jeng...
Jeng..
Jeng!!!!
Babies gebu fresh dari bumbung rumah
Ko tengok dia macam kembar tak!! Giler tak kembar.. Sebijik tu
Hahah..Bluwerrrkkkk!! Nak termuntah tak?? Sekarang dipersilakan muntah hijau.. Geli geleman aku dibuatnya. Perghhh! Fresh babies.. Haha.
Jadi lauk kucing dah. Kenyang kucing lily melahap sorang-sorang. Lepas makan terus terbongkang tidur. Bluwerkkk!! Sampai sekarang rasa geli lagi. Macam mana la masa kecil dulu aku boleh main binatang nih!! =,='
Nak cau dulu. Tak tahan tengok gambar nih.. Alah.
Kbai!
No comments:
Post a Comment