Friday, October 2, 2015

Tips Penggayaan Selendang


Assalamualaikum


Zaman moden sekarang ni ramai orang lebih suka memilih selendang sebagai aksesori penampilan diri. Siapa kata selendang tak boleh dijadikan aksesori. Macam-macam boleh buat tau dengan selendang ni. Tambah-tambah sekarang ni macam-macam jenis pattern dan warna selendang yang dijual. Semua selendang yang dijual tu memang memenuhi kehendak pengguna di zaman moden ni. Apatah lagi sekarang ni golongan wanita turut bekerja jadi selendang digunakan ketika ingin keluar bekerja kerana ianya tampak lebih anggun, stylish dan bergaya. Aku pun suka selendang ni. Aku lebih suka selendang yang berwarna plain. Digayakan pula dengan pakaian yang kontra warnanya. Baru nampak menyerlah gitu hah. 

Korang mesti tak tahu kan yang selendang ni macam-macam boleh digayakan dan bukanlah terhad hanya untuk menutup kepala sahaja bagi golongan wanita. Banyak tau tip-tips penggayaan selendang.

Selendang merupakan aksesori yang telah digunakan oleh kaum wanita sejak dahulu lagi. Ia juga boleh didapati dalam pelbagai rekaan yang dikategorikan berdasarkan jenis fabrik, ukuran, dan dimensi. Ada selendang yang diperbuat daripada fabrik tebal dan dikategorikan sebagai pashmina, dan ada juga selendang yang diperbuat daripada fabrik yang lembut. 

Terpulang kepada citarasa anda, dan berikut merupakan beberapa tips penggayaan selendang (kegunaan selendang);



1) Tudung

Antara salah satu tips penggayaan selendang ialah dijadikan sebagai tudung. Bagi wanita Muslim, umum mengetahui bahawa selendang digunakan sebagai tudung yang menutupi bahagian rambut dan leher si pemakai. Kini terdapat pelbagai cara pemakaian selendang sebagai tudung yang unik dan kreatif untuk anda ikuti. Jika anda tidak pandai untuk menggayakan selendang sebagai tudung, bolehlah search di youtube kerana banyak tutorial yang dikongsi di sana. Selepas ini pasti anda akan lebih bergaya dan pandai menggayakan selendang sendiri.




 
2) Outerwear

Selain dijadikan tudung kepala, selendang juga dijadikan sebagai outerwear seperti berikut. Digayakan bersama pemakaian tali pinggang, selendang dipakai sebagai cardigan di bahagian luar baju anda. Lepas ni tak payah dah beli cardigan, guna selendang je. Cantik kan. Nampak stylish.




3) Aksesori Kepala 

Bagi anda yang tidak bertudung pula, selendang boleh juga dijadikan sebagai aksesori kepala atau hair band dengan simpulan yang unik. Ia terpulang kepada anda bagaimana untuk membuat simpulan atau ikatan tersebut. Apa yang penting, anda tampil menawan dan selesa!




4) Aksesori Leher

Selendang juga bertujuan untuk memberikan kehangatan kepada tubuh badan anda. Lilitkan selendang di leher untuk gaya kasual yang cukup ringkas dan bergaya. 

--------------------------------------------


Well, selendang boleh dipakai mengikut kehendak anda sendiri dan ia juga amat mudah digayakan. Anda hanya harus memilih jenis koleksi selendang wanita yang sesuai dengan gaya yang anda inginkan dan gunakan kreativiti anda untuk tampil bergaya!

Marilah kita membeli-belah di Zalora. Terdapat pelbagai koleksi selendang yang menarik.
Adios!


Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

1 comment:

Ako Si AiN said...

Wahh . Yg outerwear tu mcm cantik je . Piwettt

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily